Thursday, November 5, 2009

ToM YaM PuTiH

Pernah teringin nak buat tomyam yang rase dia macam kat kedai buat? Sy ni kalau bab mknn kegemaran saya akan try and error sampai jadik. Setakat ini puas hati dgn hasil tapi masih perlu develop lagik...satu benda yang saya nak kongsi..bila masak tomyam jgn masak lelama...semuanya kena cepat2 sbb tu bila makan tomyam kat kedai..daun limau purutnya hijau bagai baru petik...tomatonya tak hancuss...aroma limau+cili padi+daun ketumbar meruap-ruap!!!Fuhhh.......terangkat!! Jadi hari ini saya mahu kongsi resepi Tom Yam putih pula. Selalu merah je!

Untuk cik puan Nikos..dgn kata2 hikmat..."menyampah aku...dah kurus mau diet lagik ka wei???"

serai

+Rebus air bersama serai bersama dengan lengkuas tua..lengkuas muda boleh jugak tapi kureng sedap! Err...En.Diego..sila lihat betul2 ye...LENGKUAS....hehe!

masuk ayam

+Masukkan isi ayam or daging ke..tapi sy suka daging ayam je kalau utk tomyam

bungakobis

+ Masukkan sayuran keras seperti bunga kobis dan carrot atau apa2 sayur yang korang suka!

+Tutup dan didihkan sampai 3/4 masak

cilitomato1

udg

kobis

+Kemudian baru masukkan udang,bawang, tomato dan cili padi yang kaler merah.
+Masukkan juga daun kobis kalau suka dan tutupkan periuk..biar udang masak..tak lama dlm dua minit je..

Tips:
*Cili kaler hijau tak leh ke? suka hatilah, korang juga nak makan......tapi aroma cili merah lebih sedap!! Fuhh!!
*Cili ni saya potong2 je sbb nnt bila nak makan baru penyek...kalau nak kick sila tumbuk dgn lesung ye...sy potong pasal anak2 nak mkn sama....malas nak masak asing2 ;P
* korang bleh buh seafood lain..sy buh udang just utk kasi rase manis skit..

nampla

+Masukkan sos ikan, sedikit garam dan 1/2 sudu teh gula.

*Ya ampun jgn salah anggap! Jangan cakap ..."ish org kelantan ni, masak tomyam pun nak letak gula ke? giller manis!". Sebenarnya mknn org siam lagik manis. Gula tadi jgnlah taruk banyak. Sikit sahaja. Bila kite masuk gula ia akan akan balancekan rase di lidah anda so tak dela rase garam semata je. Malah resepi tomyam merah yang saya cuba korek2 rupanya masuk gula merah/nisan lagik! Tapi tak banyakla. Jgn sampai manis!! :P

*nak sedap masuk aji la tapi i mmg tak pki aji sbb nnt sakit kepala!

*at this stage, try buh garam secukup rase..jgn risau kalau tiada rase masam..not yet! don't worry!

daun limau


air limau

+Bila dah balance rase masin tu, terus masuk daun limau purut dan jus limau (perah dlm 2 biji)..Kacau skit....biar seminit...Haaaa.....lepas tu terus tutup api!

almostdone

So, skrg tomyam tu akan berupa begini...sudah masak sebenarnya dan boleh dihidangkan..

F&N

+Yang ini langkah optional...bleh masuk susu cair or santan. Kalau pi mkn kat res. pure siam sure diorang taruk. Bila masuk cepat2 kacau supaya tak berketul.

*Suka hati nak banyak mana. I tak reti nak bagi amount. tgkla mcm mana korang nak.

daun parsley

+Then utk menaikkan aroma...wajib tabur daun ketumbar bila nak makan. Kalau tak, tak de maknanya tomyam korang! hihi...pepandai je..!


siap

Okeh! Siapla my tomyam darah mahsuri punya version! ^_^

Kalau tak sedap jgn komplen sini...itu korang tak reti masak! Kijam tak cikgu ni? ;P

Next Entry : Jom Kurus Dgn USANA


4 comments:

  1. Kalau mak akak masak.. dia bubuh gula batu.. sebijik rasa cam kat kedai

    ReplyDelete
  2. Salam...
    Terima kaaasih cikgu. Nanti anak murid yang nipun cuba buat ya cikgu. Anis,jangan marah aaa. Hehehe

    ReplyDelete
  3. Satu komen terhadap buku resepi dan blog resepi ni, len kali nak kasik tau ramuan letak la gambar bahan yang belum dipotong. Ini sudah masuk periuk baru nak letak gambar. Hehe.

    Barulah suami-suami buta resepi membeli bahan yang sebenar lagi betul.

    ReplyDelete
  4. anese..kalu kat restoran..tomyam putih gini dia boh nama tomyam poktek..samo ko ngan resipi nih? tapi dia boh segala harta karun-ketam,isi ikan siakap, lala
    nanti nak try resipi boh susu cair ni lah!! terliur ambo...

    ReplyDelete

WE KNOW EACH OTHER SINCE 1996

Daisypath Anniversary tickers

Our anniversary

Daisypath Anniversary tickers