Wednesday, February 24, 2010
I'm not a good mom! :(
Monday, February 22, 2010
Mengapa perlu upah therapist?
Kenapa perlu ahli terapi?
- Bagi saya, walaupun saya sudah menghadiri kursus ABA (Applied Behavior Analysis) tetapi saya rasa ia tidak cukup bagi saya untuk menjadi seorang ahli terapi yang sebenar. Kursus yang saya ikuti bagi saya cukup bagi mendedahkan saya dgn apa itu ABA secara asasnya, aktiviti2 yang boleh saya jalankan dan menghubungkan saya dgn ibubapa lain yang senasib dgn saya.
- Waktu pulang dari kerja tidak menentu menyebabkan saya perlunya ahli terapi untuk anak saya. Saya mahukan sesi yang dijalankan pada masa yang tetap bukannya masa yg tak menentu...kejap petang kejap pagi kejap petang yang boleh menyebabkan anak saya keliru dgn rutin harian. Kebanyakan parents yang saya jumpa pun kebanyakannya si ibu tidak bekerja atau terpaksa berhenti kerja. Saya tabik bagi perents yang bekerja dan boleh conduct this ABA programme sendirian berhad!! Tapi setakat ni tak jumpa lagi..most of them yang buat sendiri..the mother mmg tak kerja.
- Saya tidak mahu saya menjadi stress!! Kerja saya sbg pendidik saya akui sgt stress dan meletihkan. Bila saya mengendalikan sesi terapi, ada waktunya saya menjadi tertekan dan kurang sabar memandangkan saya sudah letih ditambah jika E-in juga kurang behave pada waktu tersebut...saya cepat naik angin dia pula through his tantrums!!! Akibatnya tiada kesan positif kepada E-in. Saya kecewa dan dia mungkin lebih kecewa dan akan menolak langsung sebarang aktiviti yang akan dijalankan kelak. Disebabkan itu, saya perlu mengupah terapi yang boleh mengendalikan sesi tersebut pada hari Isnin hingga Jumaat dan saya pula boleh kendalikan pada hujung minggu dan pada waktu2 lain yang difikirkan sesuai tapi sudah tentu saya bukan dlm keadaan letih...so I'm in the happy mood and lots of energy!!!!!!!
- Bila mengupah ahli terapi, bukan bermakna saya tidak langsung mengendalikan sesi terapi. Saya juga akan bertindak sbg salah seorang daripada team tersebut tetapi dgn adanya ahli terapi yang berpengalaman ini membolehkan saya berbincang dan bertanyakan pendapat jika ada aktiviti yang perlu atau cara untuk mengimplemenkan sesuatu kemahiran kepada E-in, kerana yang perlu kita fokuskan supaya setiap aktiviti itu ada faedah dan boleh meningkatkan interaksi antara kami dgn E-in. Supaya dia tak hanyut dalam dunia dia. I really want to bring him out then come to our world....
- Saya tidak kreatif!!..saya juga takut jika cara saya salah dan tiada org saya nak rujuk..tiada org yang saya boleh bertanya jika cara saya itu betul atau salah..memang saya ada juga tgk dan tiru bbrp interactive game untuk kanak autism dari youtube tapi saya perlu faham..aktiviti tersebut untuk apa..what is the correct way to implement...what should i do if my son refuse to get long with it???how..n how...so that's y i need some one with experience to help us...contohnya mcm first meeting last sunday...i told the therapist that E-in cannot pronounce word with 'L'...cth mcm balloon dia sebut benon...so then the therapist knows yang e-in tak boleh nak bwk lidah dia ke atas..so then she said that she going to come out one activities supaya dia bleh practice the 'L' sound!! See...kalau harap saya mmg saya tak terfikir yang itu boleh jadik satu dia punya programme..
- Lagipun untuk design the programme it takes a lot of time, ideas, courage...bla...bla...saya tak fikir saya boleh beri komitmen ..nak ambik data lagi...sedia bahan....untuk sesi satu jam sahaja saya kena fikir pelbagai benda...so, saya tak rasa saya dapat buat perkara tu semua sendirian, tapi dengan adanya therapist semua benda jadi mudah..kami boleh berkongsi untuk penyediaan bahan...mereka boleh beri idea...design the programme...helps us to set up the aim...byk lagi...
Saya rasa setakat itu yang saya boleh kongsi...maaf saya mmg tak pandai nak susun kata2...saya mmg kurang ilmu..tapi dgn ilmu yang sikit ini saya mahu kongsi dgn ibu2 yang senasib dgn saya. Apa yang saya boleh nasihatkan....bila anak anda disahkan autism, perkara pertama anda perlu dapatkan sebanyak mungkin mengenai autism dan rujuk kepada mana2 pakar psikologi kanak di tempat anda jika ada sebarang kursus dan seminar yang boleh anda ikuti, ini penting bagi membantu anda memahami dan tahu apa yang perlu anda lakukan seterusnya. Anda boleh bertanya jika ada pusat jagaan, pusat rawatan atau sebarang agensi yang boleh membantu.
Jangan bersedih dan bersedih.....ya tak salah anda bersedih sbb saya juga begitu..tapi kita perlu ambil tindakan segera...bersedih dan menangis tidak bawa anak kita kemana2. Kita adalah ibu2 yang diberi anugerah untuk menjaga insan2 istimewa ini. Mereka bidadari syurga kelak....! :)
Thursday, January 28, 2010
Buat ibu2 yang ada anak autisme
Kemudian pasal terapi, ada yang tanya pasal kos. Memang tak dapat dinafikan di Malaysia tak byk tempat yang saya boleh bawa anak saya untuk melatih dia. Hampir tiada tadika khas untuk itu. Bila cakap AUTISM, semua org nak suruh saya hantar pi NASOM. Maaf dah byk kajian dan bacaan yang saya buat. Malah saya hampir ambil cuti tanpa gaji untuk hantar E-in ke situ since NASOM sgt jauh dari rumah saya. Saya tidak mahu memberi sebarang komen negatif/positif tapi apa yang saya boleh kata...saya tidak belum berancang hantar ke sana dan kalau ada alternatif lain sy cuba dulu. Enuff said!! :P