Showing posts with label Special Event. Show all posts
Showing posts with label Special Event. Show all posts

Friday, February 26, 2010

Junjungan Mulia - Al Mizan


Tercipta satu lembaran sejarah
Di tanah suci Kota Mekah
Hari yang mulia penuh syahadah
Bermulalah sebuah kisah

Malam isnin subuh yang indah
Dua belas rabiul'awal yang cerah
Dua puluh april tahun gajah
Lahirlah zuriat dan syahadah

Abdullah nama bapanya
Siti Aminah ibunya
Riang gembira menyambutnya
Lahirnya putra yang utama

Muhammad nama diberi
Gelaran yang terpuji
Nikmat Illahi sama disyukuri
Terima putra yang berbakti

Keadaan yatim anak mulia
Lahirnya bawa cahaya
Alam derita jadi gembira
Terima junjungan mulia


Tuesday, February 2, 2010

02022010


8 tahun lepas kami di ijabkabulkan..pada tarikh ini..
kini kami masih lagi bersama ditemani dua cahayamata..
Alhamdulillah saya merasa bahagia....

Suami saya adalah hadiah tak ternilai dari Allah untuk saya..
DIA kurniakan insan yang boleh memahami dan menyayangi saya..
menerima baik dan buruk saya...
Terima kasih tuhan...





Terima kasih abang...wangi...annis suka sgt..!! :)


Tuesday, January 19, 2010

Lamo tak dating berdua...

Birthday treats for my hubby. Since his birthday is on Wednesday, so i decided to only have the birthday cake on that day then bring him somewhere on the weekend. So inilah rupa kek yang simple I beli untuk dia. Hehe..dah 34 dah cik abe ku ini. Tak pe kau tetap seperti Abg Jed di kala umor 21 tahun di mataku! Chewah!! :P Sila muntah! Hihihi! ^-^

kekbirthday

Jadi Sabtu lepas as a birthday treat, kami dating berdua...hehe. Bestnya! Lama tak macam ni. Kalau sebelum ni keluar berdua pun mesti nak beli brg cepat2 then balik rumah.Sebelum keluar harus ambik gambar dulu sbb I malas nak bawak kamera bulky tu keluar (yang sah2 kena buh dlm beg I, buat sakit bahu jek!), kamera compact tu plak lom charge...lagi pun i tak berkenan dgn kualiti gambar my compact tu...haha tak berkenan sbb muka I yang tak berapa tak cun ni jadik cam mokcik-look-a-like! Kalau kamera yang besar tu bukanlah muka I jadik cun pun, tapi jadik 'emm-boleh-boleh-la'(sila baca dgn nada sedikit sengau!)..haha! Nampaknya kena cepat tunaikan hajat membeli new compact camera Canon G11 yang kualiti gambar setanding DLSR!! Nah..ambik kat cermin jamban je..huhu..kami berdua mmg 'sihat'!Dua-dua booolat!

abe

akulertu

Poyo jerr!!

Kali ni dapatlah beraktiviti masa zaman berchenta dulu2! Hehe..bapat la tgk wayang, makan, window shopping cuma kali ni I dgn rela hati belanja for the whole day. Sebagai permintaan cik abe mahu tgk citer AVATAR, siap minta Gold Class! Haha..oklah, ate birthdaykan!

avatar

First time tgk wayang Gold Class. Wahh (mula la jakun)...terasa mcm tgk tv kat rumah. Dgn kerusi empuk boleh laras, dgn jumlah umat yang tak ramai...best2x! Padanlah dengan bayaran almost 3 times dari harga biasa...huhu! Tapi berbaloi jugaklah pasal tgk citer AVATAR. Memang kagumlah dgn image CGI...fuhh mcm real!! Cantik sgt hutan tu ok! I suka dgn konsep glow in the dark itu! Dengan makhluk2 yang depa buat mcm real je hidup! Tabik spring dgn James Cameron! Toing! Toing! Cik abe ajak tgk citer yang setanding dgn AVATAR kat Gold Class lagi..katanya baru puas hati! Buleh2x! Nanti Harry Potter kita tgk sini..tapi abg belanja bleh? ;P

Keluar dari wayang, cam biasa..perut dah kruk2 krak! Yelah last meal masa brunch pukul 10. Now dah pukul 5 lebih. Sedangkan orang2 yang perut mcm kami ni mesti di isi tepat pada waktunya! Haha...so menapak ke our favarite Thai restaurant, AMARIN HEAVENLY THAI. I love this place sbb selain selesa makanan2 dia semua sedap! Mmg puas hati bayar lebih. Ala...end up bayar lagik murah pun dari makan kat SEAFOOD PUTRAJAYA yang satu hapa mknn pun tak sedap!! bueks!

Kalau datang sini I suggest u all order Tomyam, Stim Lime Chilli Siakap!! Fuh...sedap giller okeh! Semalam pun kami order yang tu plus kailan ikan masin and manggo salad. Pastu try dia punya Thai iced tea...ada tiga lapis, gula merah at the bottom, susu at the middle and tea at top...fuh! Sedap okeh!! Lagi satu try dia punya pineapple rice...mmg sedap to the max!

meing-kam

Pic source: google

As the appetizer, we tried Mieng Kam. First attemp. Selalu tgk kat tv tapi tak pernah nak cuba, sbb rasa tak yakin nak menelan daun kaduk dgn limau yang ada kulit hidup2! Tapi tak disangka 10-12 helai daun kaduk yang dihidang serta segala yang ada kat situ kecuali cili, habis licin okeh!! Sangat-sangat-sangat sedap you!! Waaa....nak lagi2x!Nak lagik! Makan tiap2 petang pun takpa!!! Cik abe pun suka! Rasa mcm nak buat sendiri....Kak Zaliana ado resepi dok??Hari tu tgk ado dlm blog Kak Za...tapi mana aku nak carik daun kaduk kat sini!!! huhu....


Masa nak habih makan, Hani dah call! Suruh balik cepat, E-in dah mengamuk! Huhu....baru je umi nak berwindow shopping dgn ayah..so tak dapatlah nak me'round' lebih2. Pastu suruh ayah pikir cepat2 nak cari hadiah birthday. Katanya nak office attire, tapi disebabkan nak cepat, just tgk memana kedai yang ada on the way jalan nak pi turun ke car park je. Singgah jap kat G2000 tapi tak ada yang berkenan...pastu nampak kedai Adidas. Hmm..cik abe kata bolehlah. Cian cik abe.

adidas


Bila sampai rumah my FIL, tgk E-in tak mengamuk pun. Cehh! Pastu on the way balik rumah, Hani mintak belikan aiskrim, padahal kat rumah opah punya stok aiskrim ada macam2 flavor yang ada. Huhuhu....korang ni memangla.....!! Tak kasi can langsung! ;(

Monday, January 18, 2010

Sinyieng chuka hamiddha!

Ada paham tajuk entry? Maksudnya tahniah, selamat hari jadi dalam bahasa Korea! Ihiks...sah I dah digest korean languange (hangul)! So birthday dua hero pujaan hati disambut dgn sederhana dgn FIL. E-in punya mood a bit unstable....mula2 dia happy bila tgk kek pastu bila org bising2, jerit2 (biasalah kat rumah ni ramai kekanak yang aktif..harus mak bapak jadik tarzan), maka my Hero Junior yang sensitip ni pun nak nangis gak but then we cheer him up dia ok balik! Sayangnya disebabkan kekalutan dgn ramai kekanak umi tak sempat nak capture the priceless smile from him. Ces..sungguh tak senonoh umi salahkan kekanak itu padahal umi terkial2 nak pki kamera.

ebirthday9

ebirthday10

Sangat mustahil untuk mengambil gambar bersama E-in kerana dia sgt tak duduk diam plus mmg less eye contact! Huhu..adala satu gambar yang umi suka (sbb E-in senyum plus pandang kamera) tapi as usual my hubby yang lagikla terkial2 dgn kamera ambik dgn blur!!Nyampah! Tula org suruh belajar tak mo! Gambar I habih tak jadik! Bencik! Dapatlah sekeping yang ni.. owh sila abaikan muka umi yang like-mokcik-mokcik-looks-plus-makeup-less itu!

ebirthday3

Dan macam biasa, my son not excited in presents tapi ada la org tu kan yang bukan birthday dia tapi lebih 'mengambil berat' hadiah2 E-in! Eheh..


ebirthday13

Dua beradik yang berlainan wajah, berlainan fizikal, berlainan jenis darah tapi sama2 memeningkan kepala umi bila bergabung tenaga!! Owhh!! Tidak!!

ebirthday7

My special E-in. U r my real angel! Talk about him, kami akan ambik trainer ABA untuk E-in yang boleh dtg rumah buat theraphy. hopefully E-in akan menunjukkan perubahan yang positif selepas ini memandangkan umi tak sempat nak buat sendiri program ABA dengan E-in. Bila petang dan malam E-in mengantuk. Dia lebih sesuai waktu pagi sbb itu kami mengupah therapist. Be good ok, sayang?!

ebirthday14

Wednesday, January 6, 2010

Yang ku cinta berbintang Capricorn

Bulan Januari adalah bulan birthday dua insan kesayangan hamba..1 teruna 1 lagi errr...eheh! sudah bergelar bapa org...haha! Tahun ni umi tak sempat nak rancang apa2..Bila dah start sekolah umi sekarang teramat busy. Tambah pula bila Hani mula bersekolah makin bertambah rutin harian umi.
Hadiah pun lom fikir.. ke tak payah bang?? Haha..will see..right now lom bleh fikir lagi..lagi pun Sabtu umi sekolah. Umi tak bleh enjoy mcm cuti sekolah hari tu lagi. Nak tgk Jang Geun Suk pun tak sempat...huhu..

IMG_1697

Hubby = 13 Jan / E-in = 9 Jan
Love u both! :D

Tapi tadi umi dapat text message dari Tok, katanya Sabtu mlm Ahad nak buat tahlil dan kenduri kesyukuran kami anak beranak semua cum sambutan birthday E-in dan Ayah. Hehehe...pucuk dicita ulam mendatang...lalala...lala....!!! ;) Macam manala i tak sayang mertua i kan...ihihi! ^_^ So segalanya beres!!


Thursday, November 26, 2009

Hani's Q Dees Concert 09

I'm quite lazy this week..no..I'm not buzy since school holidays just started! MALAS is the correct word to explain 'bout me know! Hehe..I feel malas nak kemas rumah, malas nak balik kampung, malas nak kemas2, malas nak update blog, malas nak basuh kain, sidai kain n lipat apatah lagik...Malas mood kali ni mmg terlebih. Masak pun macam kena paksa, nasib baik sbb ingat anak je. Ikut hati pick up phone...bla..bla..ting tong2x..nyum2x! Hehe...Malas mood pls go away!

Raya Haji kami raya sini, second day baru cik abe hantar balik Klate then dia balik sini. So 2 minggu la kami kat sana. Hopefully dah tak de hujan2 dah. My kampung tak banjir. Mmg jarang banjir. Alhamdullillah. Besok saya ingat nak buat roti jala kari ayam je. Ingat nak buat kuzi tapi rempah yilek! Huhu..kain tak lipat lagi, rumah tak kemas sblm tinggal, baju ada lagi sebakul tak basuh dan sekarang lepas b/fast bihun goreng simple ngan anak2 aku masih lagik dok terbaring kat atas sofa layan anak tgk tv!! Terajin nak update blog je sbb Cik Pn. A.X.A dah tanya..hehe!

Oklah layan gambar yeks sambil i citer skit2...Saya kena jadi photografi hari tu tapi saya tak puas hati pki lens Tamron tu..err..bukan lens tak bagus tapi I yang tak pandai nak handle!Banyak gambar cam ambik pki kamera phone je..byk hand shaking...nyesal pki lens tu. Sepatutnya i study dulu..huhu.

IMG_0053

Ni masa awal2, depa tengah prepare nak nyanyi lagu tema Qdees and Negaraku


IMG_9636
IMG_9631
Kemudian kena berlakon jadik Nenek masa nyanyian lagu Ayah & Ibu..wahaha!! anak aku jalan sebijik cam mak nenek!! Kiki!!


IMG_9661


IMG_9680


IMG_9672


IMG_9675

Tarian Zapin...lemah gemalai la plak budak Mawaddah masa ni..masa tunjuk kat umi hari tu mcm keras je.

IMG_9811


IMG_9812

Biddibi Bobbidi Boo....This show saya terkezut...sbb masa tgh shoot gambar budak lain tup..tup...keluar kepala anak aku dari kotak tu...yang show lain saya dah stanby pasal tau dia masuk show mana.....lagi pun show ni utk student 4 years....rupanya Hani kena ganti ada budak lain tak datang. So teacher dia suruh. Saya tanya dia.."Hani tau tu mcm mana nak nari?teacher dah latih awal2 ke?""tak la..Hani buat aje!"...pandai!Suka tgk masa dia nari tu mcm little honey bee menari! Okeh umi syok ngan anak sendiri bleh? :P


IMG_9871

IMG_9891

Coral Speaking....masa ni paling kelakar giller! Hani kena jadik princess. Adalah teacher dia buat lakonan skit. So dlm satu part tu Hani kena bagi rantai dia pada dwarf then pass2xkan pada kengkawan dia sebelah kiri so then nnt rantai tu boleh bagi kat budak yang jadik dwaft yang dok kat tepi sekalik (ada paham ka?)......tapi masa dia tanggalkan rantai tu...sekalik rantai tu terlekat kat beads baju dia.

Cousin dia,Misha (selang satu dr hani)yang dah tak sabar tunggu, apalagi sound "bagik jela!"..Si Hani ni pun yg tgh berusaha+geram nak tanggalkan rantai tu balas balik "ni la lekat!!".Pastu ada lagikla coversation diorang berdua kat atas pentas tu yang boleh didgr dgn teramatlah jelas sekali sbb...................dekat dgn mic plus hani pun pki mini mic jugak! Wahaha!! Audience gelak je masa tu! I dgn my SIL a.k.a. mummy misha dah sakit perut gelak.....eh!korang ingat korang kat rumah Opah ke???? ;P Opah ngan Tok yang jadik VIP hari tu pun ngeleng kepala...hai cucu tok! ^-^

IMG_9983


Kemudian acara penyampaian sijil tamat sekolah tadika yang disampaikan oleh Tok..Misha ngan Hani of coursela tak teragak2 nak salam ngan Tok. Budak lain mcm teragak2 nak salam. Hihi..kelakar pulak tgk. Depa semua nak salam ngan daddy Misha je a.k.a the principle. Yelah budak2kan sure teragak2 nak salam dgn stranger..betul tak?


IMG_0002


See...siap lentok kepala kat peyut tok lagik! Ceh...Mentang2la Tok sendiri! Hani dapat BEST VICE CAPTAIN Q-DEES...umi bangga nak oi! Umi pun tak sangka sbb seriously Hani mcm karektor ayah dia. Kat rumah tak jarang nak citer pasal sekolah, selalu Misha yang ceritakan. Umi sendiri tak leh bayang mcm mana dia time jadik Captain tu. Itu sebab saya tak sabar nak tgk concert or sukan depa, pasal saya nak tgk dia punya kebolehan yang saya tak pernah nampak.


IMG_0007


Ini pula dpt hadiah pasal dia dah habiskan 24 FlipTac books (actually apa nama ntah siri buku tu umi tak hengat!hehe!).Bulan Mac hari tu lagi dia complete semua buku tu.ERkkk...anak aku tak pakai kasut ka masa ni?? :P


IMG_9562


IMG_9926


IMG_9734


IMG_9609

Khas utk mummy Aqish a.k.a mummy Adelia yang bergegas nak ke Johor lepas tu. Anak dara mu ittew sungguh adorable okeh! Patut dia yang jadik main dancer masa lagu Wou Yau Ni De Ai tu..barula mcm chinese betull...hihi! Sowi gambar tak cun sgtla..i bukan pro mcm adik mu Zubye! Next year book dia awal2 utk Adelia concert!

Btw, nak bagitau yang anak sedaraku Misha tu dah berkenan giller hokey dgn nama Adelia. Samapai cop nak bagi nama anak dia sok bleh? Mummy dia yang dekat sebleh u dlm gambar tu pregnant pun dia tak kasi buh nama tu kat adik dia nnt kalau girl pun. Huarghaha!

IMG_0100


IMG_0102


Gambar The Proud Parent mesti masuk kan! Ahaks..! Tengokla i yang dah sebulan diet tapi tak kurus2x! Masih tembam yang amats..Setakat ni lom disiplin. Baru 3x minum Usana! Haha!


IMG_0085


Lepas ni bebudak dua org ni dah masuk darjah 1. Kejapnya masa berlalu. Terasa nampak lagi zaman budak berdua ni masa kecik2 dulu2. Misha muda 40 hari dgn Hani. Masa kecik dulu Misha kurus berbanding Hani. Hani tembam je. Skrg ni terbalik. Jauh beza. Tak nampak mcm Hani kakak pada Misha. Apapun tak kisahla asal korang sihat dah. Dua orang ni mmg payah nak berpisah. Dalam kelas pun nak duduk dekat2. Darjah 1 esok kalau lain kelas redha je la yer...jangan buat drama plak awal2 tahun!;P

Tuesday, October 20, 2009

Open House


Alhamdulillah akhirnya berjaya juga saya buat open house secara kecil2an. Food yang di budget semua sedang elok. Tak terlebih dan tak terkurang...bolehla tapau skit2 utk kengkawan yang datang tu. Penat memang tak terkata, letih tak terbangun, sakit urat tak terurut!! Masak sorang2 bermula hari Jumaat, siapkan gulai ayam, gulai ikan tongkol dan kuah laksa penang. Macam tak percaya pulak saya masak semua tu sorang2.

Terima kasih kepada FIL yang sponsor ikan2 dari Kuala Selangor lagi.....saya budget 7-8 ekor ikan tongkol..dibelinya 12-13 ekor!! Ikan utk laksa saya order hanya 7kg cam tu dibelinya 12-13kg!! Memang sengal kak non...mak nak masak sensorang!!! Lepas siap masak bagai... then rendam laksa kering, rendam beras nasi dagang.......malam tu ingat nak sms/msg via FB lagik kengkawan suh datang esok (sabtu) tetapi.....................SAYA TERTIDUR!!!! Sedar2 dah pukul 5.30 pagi!! Terus gosok gigi pastu masuk dapur sambung kerja buat acar, kejut cik abe suh pi beli santan kat pasar utk kukus nasi dagang, rebus laksa..bla..bla..bla!

Nasi dagang ni org tak mkn banyak sebab berpulut so saya budget dalam 5kg je..tapi tu pun saya bahagi 4...4 batch..satu batch kena 3 kali kukus....kukus dgn air biasa, kukus santan cair then kukus dgn santan pekat. So 12 kali la angkat letak periuk kukus tuh..

Apapun penat terbayar bila dapat jumpa rakan2 dan sedara mara. letih tak ingat! Bila tetamu last balik....baru perut berbunyi....Hehe..rupanya dari semalam saya tak jamah sebijik nasi! Tak taula mana saya dapat energy buat masak2 ni. Tuhan bagi kot sbb niat nak bagi org makan...

Sebenarnya sepanjang memasak jantungku asyik berdebar2 je...takut tak jadikla, tak sedapla..memacam. Memang saya kurang puas hati dgn gulai ikan tongkol sbb a little bit hancuss ikannya. Selalunya kalau masak utk family ikannya akan jadik pejal sbb cukup asam garam masa rebus tapi kali ni saya tak reti nak agak...yelah bila berbelas ekor takut jugak nak buh asam dan garam bebyk..takut terlebih masin. Itu pun dah sepeket besar asam saya guna utk rebus tapi masih belum cukup agaknya.

Cuka pun masuk skit je......mak saya kata kena lebih skit cuka tu sbb ikan banyak. Err...bab yang tambah cuka tu petua yang saya dapat utk buat ikan rebus tongkol dari org trg jugee.....katanya kalau ikan sekor tu buh la sesudu dua.....tapi saya tak berani buh byk...itu le akibatnya!Tak pe la..learn from mistake! Tapi mistake2 pun ada gak suh sy bukak kedai....hehe!

BTW, kat sini saya nak minta ampun dan maaf jika ada terkurang dan terlebih di mana2. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua tetamu yang hadir. Yang tak dapat datang tu tak pe kami paham semua tu. Tak de rezeki nak jumpa! ;)

Friday, October 16, 2009

Fuhhhh.....

tak de benda lain nak tulih kecuali
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
PENAT!!!!

Tak larat dah nak kukus nasi mlm ni..besok je la..kang tak cukup nasik dagang aku jerang nasi putih ajer...halal lah ye...

Rasa macam kualiti masakan tak sesedap masak utk 20-30 org. Bolehla asal masak dah kan... Susah jugak bila tak biasa nak masak bebyk nih. Jgn besok demam dah le....huhu...! Buat cheesecake pun tak berapa menjadi..rasanya mcm terlebih whisk putih telur..hehe!

Wednesday, October 14, 2009

Pertukaran Menu

Hehe..biasalah..discuss demi discusskan...My Fil dah terbayang Nasi Dagang la plak...haruskah??? Kalu tukar maka jadikla cam ni :

Nasi Dagang
Gulai Ikan Tongkol
Gulai Ayam
Acar
Sambal


Laksa Penang

Agar-agar
Dadih
Cheesecake

Buah tembikai je bleh?
Air sirap

Sebab my mom kata penat nak menjala kalau sensorang. Betul jugak. Tak pe menu roti jala akan dibuat kalau next time buat makan2 if nasi dikateringkan...... by the way terima kasih sgt kepada yang dah kasi komen dan panduan...sgt berguna. Seterusnya doakan saya sihat dan mampu melaksanakan mission ini dgn jayanya...hehe!

Tuesday, October 13, 2009

Aiyoo!!


Actually saya tengah nervous dgn calculation! Ini adalah second time saya buat open house. Kali pertama masa 4-5 tahun yang lepas plus makan2 for family husband je yang saya buat saban tahun. Kali ini first time saya ajak ramai..adalah dalam 150 orang. Mungkin bagi korang tak ramai tapi bagi saya yang nak handle sendiri all the food plus saya tiada pembantu ..opss..ada....pembantu saya ialah si kenit dua orang tu! Huhu...boleh ke tak ni??

Paling risau takut food tak cukup!! Naya!! Tapi kalau buat lebih takut membazir pula...tak pe..saya yang datang lambat2 tu leh tapau! Arghhhh...serius tak reti nak agak. Berapa paket laksa yeks? Berapa kilo ikan pula tu? Berapa cucuk satay mau beli..berapa kampit nasi impit nak rebus nih? ARrrrrrGGHhhhhh.....takutssss!!!!!!!!!!!!!!!

Owh.....tadi dah pi beli pinggan mangkuk kertas semua tu...tak salah ke kasi orang makan dlm pinggan kertas/polisterine dan bersudu garfukan plastik??Kalau my mom...memang kurang sopan katanya! Tapi saya risau saya tak sempat nak basuh pinggan then nak top-up food/drinks mana yang kurang dalam masa yang sama....halal je la yeks...dah tak de maid nak buat lagu mana.....

Tadi pun dah beli bahan untuk buat 3 jenis dessert.......saya nak buat cheese cake, agar2 pelangi tu and dadih. Huwaa....rancang je lebih...tapi kalau jadi satu pun kire ok jugekan??? Aiyoo...rumah tak kemas lagikkkkk!!!!!!!!!! Ish cik abe aku ni time2 sibuk ni jugak dia nak gi main futsal!! Rase nak gi bakar je gelanggang tu!! Huarghhhh!!!! Lantakla org datang tgk rumah aku ada karpet ngan sofa je..kang bersila la kalu tak cukup tempat duduk tu...Masa ni la best kalu rumah besar...mimpi2x! Pastu time nak bayar loan dan nak kemas baru terhegeh2!

Oppss.....lagi satu! Harap kengkawan aku tak le tersilap pi beraya kat rumah sebelah..Jiran aku pun ber'open house' juga..tapi dia siap pasang khemah bagaila....macam lawak pulak. Masa aku gi ajak dia..dia pun ajak aku jugak! Bila tanya tarikh...hah ambik! Sama tarikh!! Haha...aku cakap kalau tak cukup food kat rumah aku..aku heret je kawan aku pi makan rumah dia...tak malu punya jiran..diberi betis mau perut buncit! Hehe...lawak nak kena lempang namanya kan?

Sesapa yang biasa masak banyak dan ada anggaran sile la membantu saya!!

Sunday, October 11, 2009

Open House...Open House!

Haha....jarum timbang sudah naik ka puan2 dan tuan2? Saya sudah naik dgn jayanya! Syabbas!!Syabbas!! Minggu ni pula banyak agenda..minggu depan nak buat open house sikit tapi tak ajak ramai..just buat utk kengkawan dekat2 rumah dan family husband yang ramai itu. Tak laratla nak buat meriah sbb rumah kami ni kecik then nanti nak masak sendiri...Takut tak daya je. Nak masak simple2 pun penat juga...preparation nak kemas rumah lagi.

Semalam byk agenda tak boleh nak buat sebab sekolah i yang best tu gatai buat Latihan Dalam Perkhidmatan la plak!! grrr....time musim org raya buat open house la depa suh kerja hari Sabtu..apalah depa ni..nak bagi peruntukan pun tgk time la!!! Masa ni je la nak pi jumpa kengkawan, sedara mara...time tu jugak tak kasi kita nak menjalinkan hub antara sesama manusia sesambil mengenyangkan perut. Hahaha!

Jadi hari ini pun sibuk juga....hari ini kami akan :
  • kemas rumah (selain kerja menyapu, mengemop seperti biasa nak pasang cadar, nak tukar karpet, cuci toilet)
  • basuh kain
  • nak cat kerusi kayu kat depan rumah
  • nak pergi nilai nak beli canvas frame dan bantal utk sofa
  • kat nilai nak beli batu pemijak kaki yang empat segi ke bulat ke (tak tau apa nak panggil benda tu) nak letak kat dekat paip luar sebab becak je rumput kat situ bila bukak paip depan..
  • nak pergi Sen Heng...beli aircond nak pasang kat ruang tamu..(caya tak selama ni tak de aircond2 ni!) -brand apa yang elok yeks? Hitachi?LG?Panasonic?Sharp?
  • kemudian pergi open house 2 rumah
  • balik rumah nak gantung frame
  • lipat kain, gosok kain!!
  • buat minit mesyuarat..besok nak hantar!

Adoi yang pasti satu hari akan kefenatan!! Oh banyak lagi saya fikir ni..menu! Menu apa? Yang pasti saya malas nak masak nasi2 ni..saya agak orang dah muak makan nasi kan? So ingat nak buat :

Laksa Penang


Roti Jala & Kuzi Kari Ayam (permintaan FIL!)



Satay


Puding - 2 jenis (agar2 pelangi dan dadih kot?)

pic credit google

Buah-buahan

Fruit cocktail

Tu je lah kot yang larat buat...main tenaga sensorang ni tak kuasa den nak buat 5-6 menu...hehe..time orang deepavali aku buat open house!! Buleh la... owh satay tu beli je...just masakkan nasi impit je nanti. Kalau rajin buat kuah lontong skit! Dah..dah tu je!

P/S: Kalau ada kengkawan blogger nak datang sila email saya : annisellyna@gmail.com

Kami terima anda dgn tangan terbuka! :)

WE KNOW EACH OTHER SINCE 1996

Daisypath Anniversary tickers

Our anniversary

Daisypath Anniversary tickers