Showing posts with label Hobby. Show all posts
Showing posts with label Hobby. Show all posts

Wednesday, December 16, 2009

Pretty boy!

(Peringatan: Sila jgn menyampah kerana ini adalah entry yg menunjukkan penulis blog kurang matang untuk mengurangkan tensinya walaupun bakal mencecah umur 30an thn depan! ;P )

Sambil jaga E-in apa yang boleh saya buat? Boring juga kalau tgk je dia memanjat sana sini, melompat dekat sofa..berjalan atas meja makan, keluar masuk dapur menyepahkan kitchen tools. Satu2 benda yang saya boleh buat semasa jaga E-in main lappy, bloghopping, layan Youtube, tgk tv je. Kalau nak jahit manik ke, lipat kain ke, buat kek ke baik tak payah! Buatnya terabur manik adalah. Nak kemas rumah? nak mop semua tu? Silap2 saya lagik hangin. Kalau nasib 'baik' adalah dia pergi tuang air dlm baldi mau???Kalau masak saya akan masak pepagi time dia belum bgn or kalau terbangun pun at least pepagi dia lom recharge sepenuhnya lagi.

Jadi bukak laptop, on internet, carila apa2 info yang saya nak tau. Dari hal autisme, shopping, bab2 agama, baca blog org, semualah........!! Tak kurang juge saya melayan youtube mencari cerita, gameshow, variety show, music video...mostly korea la! Haha..have to admit that i'm very addicted to korean artists and drama. Kawan saya kata, "lah ingatkan minat drama je rupanya artis pun kau ambik tau! ". Kalau bukak tv skang sy layan je sebarang ranc. kat channel 303( KBS). Banyak drama tau.

Untung2 hero pojaan keluar tv...errr tak taula nak panggil hero ke tak sbb most of korean male artist yang i suka semuanya macam...err...girl-look-a-like. Mereka tidak hensem tapi lebih kepada cantik...haha! Look at them!

Kim Hyun Joong. Waa tersangatlah charming this boy. I google everything about his music, filming, drama, varietyshow...Dia punya personality i think is really interesting.....nampak pendiam tapi ada masa dia byk cakap/kelakar...sometime ada respon yang tak dijangkakan...lagi byk tgk lagi byk nak tau...he is so cool! Memang cantik kan? haha! I'm a big fan of SS501..love their song Love Like This and Please Be Nice To Me. Latest news he going to be main actor for You're My Pet.

Lee Min Ho a.k.a Gu Jun Pyo. Oh mestilah hero BOF ni jadik pujaan. His smile is OMG!I'm melting!! :p Hey bukan semua org tau yang boleh lagik maintain hensem biarpun rambutnya dikerintingkan!

Minhoo from boy band ShiNee. This the only pics yang dia dgn rambut baru and nampak matured skit. Lain mmg nampak budak sgt...gonjeng! First time tgk dia dlm Dream Team. Masa tu sy nak tgk KHJ tapi he also there and he is really charismatic! Second time i saw him semalam dlm my fav variety show Invicible Youth. Yaarrr...cantiks! Patutla all the girls dlm Invicible Youth tu cair!! Ceh! Lagu Stand By Me (BOF) juga dinyanyikan oleh his band, ShiNee. I think ShiNee voice is better than SS501! wupsss!! ;)

Jo Hyun Jae. His latest drama is 3 Dad 1 Mom then dia masuk latihan ketenteraan. Tabiklah dgn artis korea. W/pun depa artis depa tetap pi latihan ketenteraan. Paling kurang 2 thn. Tak mcm kita...kena masuk PLKN yang 3 bln tu pun dah bising.

Oh Ji Hoo. I think he is handsome not pretty! Finally! I love him in Couple or Trouble! Best sgt!!!!!!!!!!!

Ok dah la tu makcik ni berangan..eh sapa kata i minat artis lelaki je..pompuan pun ada tapi mls nak tempek sini..aci tak? :)


P/S: That's why my students love me! Diorang kata saya ni macam lahir silap thn..kesian cikgu!Cess...tak pe zaman cikgu dulu ada KRU, Take That, BAckstreet Boys..ada Westlife semua tu! ;P

Monday, November 2, 2009

Kecewa!!

....bukan kecewa kerana termakan nasi ke apa....tapi kecewa sangat2 sebab...sebab.........
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tak dapat join Kursus Asas Fotografi!!!
Dah lama saya nak join kelas fotografi...
Rasa macam tak guna je ada DLSR pun gambar macam ambik dgn henpon je...
Ada lens marbelles pun gambar macam biasa...
Terkial2 nak set kamera..by the time apa yang nak dirakam terlepas!!!
Speedlite pun tak reti nak set....semua jadik useless!!
.
.
.
.
.
.
.
Aduhai bila nak ada rezeki join ni?
Kenapala tarikh 14 hb ni aku ada meeting? Why oh Why!!
Frustated larrrrrr!!!!!!!!!!!!!!! ;(
.
.
.
.
Layan gambar anak sedara cik abe la..
kasi hilang mood frust!!
Izjahhh...cianla kat cik lang ni kan....kalu tak bleh ambik gambar izjah comel2..huhu!

_MG_9134

_MG_9128

IMG_9172

Thursday, September 3, 2009

Shashinki - Kami puas hati!

Hallloooooo every body! Ada sihat ka?Bagus2x!..Ada puasa??Hehe....mesti ada yang 'cuti'..tak pe anda cuti ada sebab. Hehe...Senyum..senyum...sengih..sengih..Hari ini ana banyak hepi la..sebab itu barang yang ana order dgn SHASHINKI.COM sudah sampai semalam!! Wuhuuuu!!!


Actually my parcel tu sudah smpi last Friday. Haiiaahhh...kalau dpt hari jumaat syokla sy hujung minggu lepas menembak!! Ni semua silap saya pi kasi rumah my MIL punya address dgn harapan bila parcel tu smpi, kat rumah mertua selalu ada org jadik boleh terima terus parcel. Kalau buat address rumah sy nnt tak de org kena pi ambik kat pos depoh..malasla. Nak jadi cerita bila diorang deliver tak de org kat rumah MIL. So diorang tinggalkan slip dlm mail box.

Malangnya, maid MIL tak perasan slip tu dlm mail box. Smpi semlm risau juga saya kenapa tak sampai2 lagik...tergerak hati masa nak ambil Hani utk check Mail box rumah MIL. Terus ternampak slip tapi dlm keadaan terbalik....Hish nasib baik..Rupanya Jumaat lepas lagik sudah smpi...agaknya maid tu ingat broucher ntah apa2..sbb selalu juga org tinggal broucher kat dlm mail box..Nasib baik dia tak buang!!!


Syabas sy ingin ucapkan kepada Shashinki.com. Memang boleh dipercayai dan perkhidmatan yang sgt tip top! Bayangkan sy order hari 26/8, hari tu jugak diorang confirm order and my fully payment. Next day hantar email ckp dah post!! Jumaat tu smpi (w/pun bukan kat tgn i tapi maksudnya dua hari je la!). Dari segi harga mmg mahal skit berbanding pergi beli kat kedai tapi sy rasa sama juga sbb kalau pi sendiri pun campur tolak dgn minyak, parking dan masa.


Dari segi packaging juga sy puas hati sbb mmg depa balut berlapis2, buh polisterine semua tu. Pada mulanya sy risau jugak sbb lens ni mmg sensitif. Terhentak skit..nangis you!! Tapi after all mmg puas hati!! Hihi..lepas ni sy confident nak order dgn diorang! Syabas Shashinki!!

P/S: Pada yang nak tgk gambar msak2 kat bwh ye...

Wednesday, August 26, 2009

Terbeli

nge...nge...saya gatal mulut tangan taip tanya Kak Hani lens apa dia pki masa shot gambar munge api..sy yang mmg dok tgh aim nak beli 1 zoom lens and 1 wide lens, secepat mungkin men'google' harga, preview, sample images semualah...singgah plak kat sini tgk rega terasa buleh bayar almaklumla Najib baru buh gaji...campur pikir kalau beli lens canon juga mmg tak mampu, tapi fungsi sama dgn ini Tamron why not aku beli?...dan tanpa sedar pagi tadi....dlm keadaan belum mandi tapi dah gosok gigi, saya telah klik2 pastu beberapa minit selepas itu...terus keluar ayat kat inbox gmail......

Payment received with thanks. Item(s) ordered will be shipped to you within 24 hours

...nge...nge...aku ni pegang kamera lom reti lagik..terketar2..dok beli lens baru wat pe??? Lens 50mm f1/4 yang baru beli tak smpi 3 bulan tu pun lom maximum aku beli..inikan pula..owhh tidakk!!!!!

Mek anese thn ni, cukup2 la tu..sib baik kali ni duit sendirik..apa2 hal tanggung sendiri..tapi sbb Julia kata..beli kat Shashinki terjamin sbb cik abe dia dah biasa beli online kat situ maka sedapla skit hati...fuh lepas ni duk dendiam!! Tgn ni nak kena 'puasa' ni!!! Inila gambar benda seketul yang telah memukau pandangan, mengerakkan sendi2 jari jemariku utk menekan "add to cart"!

Tak pela (nak pujuk hati ni..), org lain kerja ada duit leh beli kereta, beg ke kasut ke....dah minat saya di sini.....ingat just nak reward diri sendiri je..kasi hati happy. Dah peti ais tak siap2 lagik..buh gas pun lama ka??Haiyaa...

P/S: Kuatkan hati agar tabah dan bersabar utk meneruskan hajat agar pembelian wide angles adalah utk thn 2010 bukan 2009!!! Amin....

Saturday, July 25, 2009

Thank U abang...

Now i'm happy bunny! Alhamdulillah..
Kena byk belajar since i'm 0 knowledge in this area...

Sunday, March 29, 2009

Needy

Kata org kalau main kamera ni memang akan keluar duit. Masa beli DLSR dulu sy berpendapat sudah cukupla kalau dah dpat satu. Itu sudah cukup. Buat apa beli benda lain..bukan saya buat job lebih. Just nak buat ambik gambar family sudah cukup. Itu sewaktu saya belum teracun dgn forum2 fotografi yang saya ikuti. Belum kenal dan cinta sepenuhnya dunia baru sy minati ini.

Tetapi setelah meneliti dan membaca melaui internet, preview gambar..mulalah hati ini tergedik2 mahukan itu ini. Lens idaman terlampau mahal. Boleh buat bayar muka kereta. Saya mencari telefoto lens kerana saya kerap mengambil gambar potrait dan saya suka dgn teknik 'Bokeh' iaitu gambar subjek in-focus jelas dan terang manakala latar belakangnya blur2.

Ada dua benda yg bermain difikiran buat tak lena tidur...new lens + speed light. Nampaknya kena tolak kemudian dulu hajat mau sambar beg LV. Mulai skrg tabung ayamku sudah ditukar motif. Saya nego ngan cik abe. Sy beli lens dia beli speedlight. Okla tu kan. Pakat2 membawa berkat..hehe..biarla sy tak nampak dia berminat ke arah ini. Sekurang2nya dia mahu 'support' saya...lagipun tak kan nak mintak cik abe lagi. Mau botak kepala..kamera tu pun dia beli. So skang ni kenala keluarkan duit sendiri utk lens. Saya buat survey skit..jadi dua lens ini dlm pertimbangan saya. Underbudget and suggested by pro bg mereka2 yg tak byk duit mcm sy tapi mahu lens for potrait yang bagus.
Pertamanya sy nak simpan duit beli lens for potrait..ada dua pilihan.

Canon EF 85mm f/1.8 USM Lens Atofocus Telephoto (RM1495)

or
Canon EF 100mm f/2 USM Medium Telephoto AutoFocus Lens

(RM 1795)

Of course...speedlight juga penting!

Canon 580EX II Speedlite TTL Shoe Mount Flash (RM1770)

Saya rase saya akn ambik yang 85mm tu..dan i think saya akan dapat harga maybe 15% murah dari harga kat atas sbb dr apa yg sy baca ada kedai boleh kasi murah skit. Harga di atas merujuk kepada harga di Shashinki. Jadi cukup utk thn ni sy ambil dua tu dulu. Hehe next year mau sambar itu zoom lens pula! Hehhehehe...

P/S: Huwaaa,,,canon mau keluarkan new 500d..for sure mau compete nikon d90. Ada fungsi video juga..hullamak!! Bestnya. Pixel pun 15.1 megapixel!!!!



Tuesday, October 14, 2008

Selubung

Ini saya perkenalkan sahabat jauh saya..
hehe..mesin jahit ni dah dekat dua tahun saya beli tapi
macam baru lagi kan?
Sebab tu panggil dia sahabat jauh..sebab jarang pakai..
Tujuan pembelian kerana nak belajar jahit baju kurung sendriri..
last2 fed up ngan semua process menjahit hantar tailor jua akhirnya..
Dan mesin jahit ni selamat ber'selubung'
melindungi dari habuk2..shohh..shohh!!
Juga hasil pujuk dan rayu saya pd si dia..
tanpa pujukan yang panjang
lantas dituruti dengan harapan si isteri akan pandai menjahit..
menjimatkan duit poket upah situkang jahit..
Malangnya si isteri bersikap hangat2 tah* itik, t*hi cicak semua tu..
Sori sayang..tapi tak menyesal beli tau...
at least leh jahit kain batik ke..seluar u yg koyak ke..
Tak pe la jahit baju kurung mungkin susah kot..
apakata saya jahit langsir aje..ala langsir yang simple2 tu..
yang jahitan lurus je...Senang nak jahit..
yang ini buleh beri jaminan!!! ;-)



Macam feature dan jenis jahitan mesin ni leh buat..sayangnya tuan tak reti nak pakai!!!

p/s: gambo diambil guna cameraphone aje..weekdays tak sempatla nak explore my canon tu..huhu

Thursday, May 29, 2008

Waa...banyaknye keja yang nak kena buat!!! Nasib baik skang ni dah ambik weekly maid dtg kemas2..okla berbaloi..skang ni no hal kalu ada org nak mai umah ponss..ahakss..bersapu dan bermop dari atas bawah, depan pagar ke blkg....tingkap pun bersih..tapi dr segi interior design tu..errr..tak de apala..sbb skang ni saya rase tak boleh nak hias apa pun..semua habis dikerjakan E-in..so itu biar dulu yang penting BERSIH!!!! tak ade juga kain yang tak berlipat!!!haha...suke..
so hari ini dan esok plan nak habiskan kerja2 ini:


  1. Packing brg nak balik kg...nak sort semua brg yang dah tak mau pakai, nak buang utk di bakar (phm2 je la..haha), utk sedakah kat org dan dsbnya. Hubby kata jgn buat last minute..selalu buat last minute..pastu esok tu tak cukup tido..dia kata sblm dia blk dari sarawak ni..at least ada yg dah masuk beg..baikkkk bossss!!!!
  2. Nak semak kertas2 exam sbb tak nak bwk blk kg sbb kalu kg sure sy tak buat punya..bukak sek ni dah bertimbun kerja menunggu!! oh..god please give me more time to do it!!!! uwaaa...itula dua dah empat hari ni asyik melepak jerrr!!!boringnya nak tanda esei bio ni....in english lak tu!!!
ok cukupla tu..yang dua itu pun belum pasti siap!! Sepanjang ini asyik melepek dgn buku ini aje..bknnya tak pernah baca tapi addictedla!!! Masa cuti ni feeling pun lebih!! Lepak2 dok atas katil...baring2 baca atas katil...waa..indahnya hidup...Ahakss...


Sunday, May 25, 2008

I can't wait any longer to watch this!!!

Harry Potter and Half Blood Prince

Waa....saya mmg peminat no one citer harry potter...i have entire collection of Harry Potter!!! Tak sabar nak tgk citer yang baru ini pula...Buku citer dah khatam bbrp kali...tak boring membaca..kerana setiap kali membacanya terasa diri ini pun berada dlm alam magic!!!!

WE KNOW EACH OTHER SINCE 1996

Daisypath Anniversary tickers

Our anniversary

Daisypath Anniversary tickers