Showing posts with label Etc. Show all posts
Showing posts with label Etc. Show all posts

Thursday, January 14, 2010

Apa dah jadi?

Apa dah jadi dgn facebook...ke something wrong dgn my lappy???
Bila bukak je my fb keluar ayat je dlm satu baris...semua dlm satu baris..
segala profile, gambar semua tiada...tapi bila i bukak lain2 homepage ok je..
facebook je..something wrong dgn server facebook ka??? Ada sesapa yang jadik mcm ni tak???
huhu..dah 2 hari tak bertanya kabar kepochi pasal member2....xbest!

Skang saya busy sesgt..tetiap hari balik almost at five!! Lom kira
yang berbundle2 bawak balik kerja kat rumah...tapi tak buat pun..buat balik je lebih..
Badan dah letihla...malam pukul 9 saya dah ngantuk.
kat sekolah ke sana sini memanjat tangga dr stu bulding ke building yg lain..
tak mcm org kat office duk dlm aircond kat atas kerusi empuk..takpe tu no hal leh exercise, kurengkan lemak! Semalam jadual penuh pastu sambung meeting pastu sambung Kokurikulum..
Dua hari ada meeting+koku balik lambat..semlm masa koku Per. Sains kena jaga taman herba (i skang dah jadik tukang kebun okehhh!!)

Taman Herba yang ntah apa2..byk pokok dah mati
suruh buat balik..aku dah tgn 'panas', jenis tanam pokok je mampus..serius!
kalau siram cam ne pun sure mampus jugak pokok tu...
Tapi yang aku menyampah suruh buat balik duit budget rm700 je!
Mana nak beli pokok, pastu suruh buat label prospek (yg tulih nama spesies, kegunaan pokok..bla..bla...), nak kena beli pasu, baja, pastu kalau sesetengah pokok herba tu off course la kena ada mcm bangsal bertutup dgn jaring hitam tu...kalau tak layu habisla pokok..semua tu pki DUIT!! Bukan bayor pki rumput..bebudak persatuan tu pun kalau buat kerja bukan free..
skit2 "cikgu belanja!"..tak bagi kan depa buat lambat2...kesian pun ye..aduhla..

Skang ni apa2 pun, depa suh guna duit poket sendirik! Suruh pki duit elaun.
Gaji ciput makin ciput. Kalau org tak paham kadang cakap "ala sedekah je la..tu pun nak berkira..". Bikin aku hangin je dgr. Wei, kalau sedekah skit2 tak pe gak tapi kalau main ratus2 sebulan, tak jadi sedekah ikhlas dah. Bayangkan la kalau sehari je p/stat kat bebudak koman2 10-15 henggit..tu belum kalau nak buat fail, beli marker, beli dakwat marker, beli kertas A4, beli dakwat printer semua tu..thn ni tambah lagi kena pikir pasal taman herba tu plak..adakah kena keluar duit poket lagik?? ni bukan pki duit elaun dah..kire dah pki duit minyak, duit sekolah anak..makan minum i dah ni...wahhh!! Gerammm!! Tapi.....Sabor je la mokcik!

P/S: Sesapa ada terlebih duit tu meh derma kat projek Taman Herba sekolah i....

Sunday, January 3, 2010

Kenapa Kaum Wanita Cepat Tua??[PART 1]

Wah tajuk entry yang sudah lama saya nak kemukan..Lupakan dulu hari orientasi di sekolah Hani. Belum ada mood mahu upload gambar. Kenapa kaum wanita cepat tua??Banyak sebab...saya tak pandai nak memberi fakta serta hujah2 yang bernas sebab saya bukan ahli psikologi wanita, juga tak pandai nak berkata-kata dgn indah serta membuat ayat2 yang mankjubkan kerana saya dulu masa sekolah bukan pemidato. Sekarang pun nampak microphone pun saya ketaq lutut cik oii! Jadi saya hanya akan mengutarakan tajuk ini berdasarkan pengalaman sendiri dan setengahnya dari pengalaman rakan sekerja (eheh...nampak sgt salah satu topik hangat di bilik guru/kantin ialah hal suami...ish2x! ;p).

Pendapat Pertama: Kepenatan bekerja di pejabat dan tanggungjawab di rumah.

Memang tak dapat dinafikanlah. Orang perempuan sekarang ramai yang sudah bekerja. Tidak seperti org zaman dulu yang kebanyakannya duduk di dapur sahaja (padahal bukan main lagi mengemas dari depa ke belakang rumah...last2 ckp kat dapur jek!). Tak habis dgn ke sana ke mari tak kiralah dlm pejabat atau di luar...balik sahaja bila bukak pintu, dalam kepala sudah set mahu memasak, angkat kain, mandikan anak, hidang makanan...bla..bla...Kadang tak sempat bukak baju kerja sudah masuk dapur.

Sambil masuk dapur belum kira lagi kalau ada anak kecil yang merengek mahukan susu, bergaduh dgn yang lebih tua berebut mainan, yang terber*k perlu di salin lampin. Saya jamin jarang ada kaum lelaki yang masuk saja rumah terus dah terfikir tentang kerja2 rumah yang perlu selesaikan serta bergegas buat itu ini. Kebanyakannya saya rasa dlm minda mereka hanya balik rumah, mandi, makan yang tersedia dihidang, rehat dan menonton tv. Mungkin ada jugalah yang balik rumah kemudian masak tapi tak ramai. Biasanya bila masuk je rumah perkara pertama yang dia akan buat ialah berbaring di sofa/katil seketika sebelum mandi manda...betul tak??

Pendapat kedua : Wanita lebih banyak berfikir.

Bukan saya bermaksud orang lelaki tak byk fikir. Mereka berfikir juga tapi more on their work, right? Tapi kita, kerja+rumahtangga+anak2. Semua dalam satu kepala. Sebagai contoh, kalaulah kita nak balik kampung, kadang2-3 minggu kita sudah fikirkan tentangperkara yang perlu diselesaikan. Kalau saya mungkin saya fikirkan berapa kali hujung minggu yang ada sebelum saya balik kampung. Katalah ada 3 kali, so saya kena rancang, minggu mana yang saya kena settlekan bil, minggu mana perlu saya kemas rumah, minggu mana yang saya kena beli barang untuk buat bekal. Ini semua supaya kita bekerja dengan lebih ekonomi.

Satu lagi contoh mudah, bagi yang tinggal di rumah rumah dua tingkat turun naik tangga adalah perkara yang memenatkan. Bila sudah berada di tingkat atas, katakan saya mahu turun ke bawah..sebelum turun selalunya saya akan tengok mana yang nak di bawak turun, baju kotor ke, sampah ke, botol susu e-in yang hendak di basuh ke atau alat mainan yang mungkin diperlukan oleh E-in, atau bantal busuknya yang akan diperlukan jika mahu tidur di tingkat bawah........see, siap fikir kemungkinan2 yg ada lagi. Encik suami sungguh rileks turun naik tangga 3-4 kali pun belum tentu nak buat semua ini melainkan di suruh....huhu!

Pendapat 3 : Kaum wanita lebih cepat marah berbanding lelaki.

Eheh! Ini bukan marah sebab PMS ye. Ini marah mungkin kerana sukar mendapat kerjasama dalam urusan mengurus rumah tangga dari suami dan anak2. Kadang bila minta tolong, si anak mungkin memberi pelbagai alasan, si suami pula seperti pahat dengan penukul. Sekali ketuk sekali berjalan tapi ada juga yang tak bergerak2 langsung walaupun diketuk dgn hammer besi sekalipun. Apatah lagi jika tiada pembantu.

Urusan rumah harus dipikul seorang. Tiada tangan yang boleh membantu kerja tanpa di suruh. Bukan sekali tetapi akan lebih sakit hati berulam jantung jika berkali2 di suruh pun belum tentu buat...argghhhh! Akhirnya bila sudah masuk kali ke3-4 minta pertolongan, maka lebih banyak perkataan sampingan yang meluru keluar, nada pun mungkin sedikit berbeza dan raut muka juga mungkin errr...sedikit masam? Lebih parah lagi bila pertolongan yang diperlukan dlm kadar segera tetapi dibuat2 'cool'. Huhu....end up kita akan dikatakan kuat membebel...haihhh!!

Ini baru 3 sebab, entry sudah jadi panjang berjela. Saya bukan mahu berkira atau mahu menyatakan org perempuan bagus lelaki tak bagus. Bukan. Bukan juga untuk membuka pekung di dada kerana tidak semua yang saya kongsikan di atas mengenai suami saya. Niat saya untuk mendedahkan realiti sebahagian kaum Hawa (read:sebahagian!). Mana tahu ada kaum Adam yang membaca. Mungkin lepas ini boleh faham kenapa isteri saya cepat marah? kenapa isteri saya berwajah pucat keletihan sedangkan sama2 bekerja? Kenapa isteri saya suka membebel?..kenapa dan kenapa?

Saturday, September 26, 2009

Baru sampai

...tengahari tadi..jap..penat!! Dah la masuk rumah je ada kucing mamp*s depan rumah..busuk dan dah berulat okeh!!Yaksss...!! Kesian + Lega!! Kesian sbb kucing ni kucing bela sbb ada pki rantai....tuan dia pun dah tau nak balik kg hantarla kat pusat jagaan kucing...berbayar kat rumah kedai yang kat BTHO ni..kalu tak tak payah nak membela terus kalu mls jaga.....ni biar je kucing tu tak de mknn...sbb selalu biar le kucing ni selalu je melepak kat rumah aku..lagi bengkek suka membuang kat rumah aku...busuk giller okeh!! Rase nak membunuh je bila tgk kucing ni..skang sy dah LEGA pasal sy tak perlu jadik pembunuh!Tapi tak pasal2 kena cuci..dah la penat baru sampai dr jln jauh!!...dah nak rehat!



Wednesday, September 16, 2009

Busy la...

...huhu..tak sempat nak update...to en diego, itu sinetron udah nyampai...dan dah jadik salah satu penyebab sy bertambah sibukkkkkkkkkk!!Pada yang kasi kad raya...insyallah nt sy update kt kg kalau tak de masalah internet..

...saya nak ambik kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya dan maaf jika ada kesalahan cerita, komen yang menyebabkan anda terasa. Saya manusia yang penuh dgn kelemahan. Maafkan saya.

....kami bertolak mlm esok lepas buka puasa dan overnight kat Kuantan satu mlm b4 sambung perjalanan ke Pasir Mas, Kelantan Jumaat pagi. Doakan keselamatan kami sebagaimana saya mendoakan keselamatan anda juga.

...Insyallah saya akan update di kampung! Selamat Hari Raya semua....dah sy mau sambung lipat baju...


Tuesday, September 1, 2009

Menu Hari Ini

Nak tau ye...
tgk kat bawah..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
scroll lagik! Hehe...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Wahh..gigihnyee...;) Takpa2x keep going!!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Menu best ni..dijamin menyelerakan!!! Cepat ambik pen ngan kertas!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Wakaka...Hari ni dah start sekolah...
Kertas soalan bertimbun tak siap tanda..
Hani pula demam..
E-in tak demam tapi baru lepas muntah akibat mkn nasi byk pastu minum susu!
Aiyoo...penat umi!!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Makanya..ayuh ke rumah mertua la kite!! Makkkk...annis dtg ni!!
(sambil berjalan dgn penuh comelnya!)....Hahaha...!!

Jangan Mareee aaa...! ;P

Tuesday, March 17, 2009

Let's Turn Off!!


On March 28 you can VOTE EARTH by switching off your lights for one hour.Or you can vote global warming by leaving your lights on.

The results of the election are being presented at the Global Climate Change Conference in Copenhagen 2009. We want one billion votes for Earth, to tell world leaders that we have to take action against global warming.



Friday, February 6, 2009

House break???


Semalam adalah hari yang yang hectic!!! Hari Khamis adalah hari yang penat bg sy sebab waktu pagi kelas banyak sambung pula petangnya ada latihan rumah sukan. Masa latihan aku sorang yang penat sbbnya akulah yang jadi ketua guru penasihat...cikgu lain just dok sembang2 tepi padang...huarghhhh!!!! Nak tegur segan pasal depa org senior. Masa kul 2.00 b4 pegi padang sy nak toilet tapi malang kat sekolah tak de air..haduii depa ni tak bayaq kaa??? dah byk kali jadik lagu ni..tak pe la ku tahan je la. Tak baik betul untuk kesihatan!!

Maka dipendekkan cerita latihan tamat jam 4.30 ptg. Bergegas pula balik rumah FIL nak ambik anak. Tak terlintas lagi nak ke toilet situ sbb pikir nntla nak balik rumah kan. Dah sampai depan rumah saya cam biasa la park dulu depan pagar..sekali b4 bukak pintu kereta ternampak pintu rumah + grill terbuka!!!!!!pintu pagar berkunci pula. Sy mase tu nak kata terkezut sgt tak jugak..hairan kenapa hatiku tak berdup..dap..terus call my hubby..ish mase ni plak dia lambat pick up the phone!!!! Saya takut nak masuk dlm rumah kot ada apa2 lagi kat dlm tu..naya kan..dah la ngan anak2 lagi ni.

Dua tiga kali call tak dpt..asyik masuk voice mail jerr!!!! Hati ku dah tambah panas!!! Call off no. pun tak angkat. Geraaammmmm!!! Then a few minutes later baru call!! First soklan "awak kunci tak pintu rumah pagi tadi????" dia kata kunci. Dah cerita lebih kurang dia srh sy dok kat dlm kereta dulu nnt dia call sesapa. Jiran saya keluar (kak Nor) dan saya tunjuk pintu rumah saya. Kak nor ajak saya panggil pak guard, so nenong..nenong sy pun bwk keta gi panggil p guard ngan k Nor.

Bila pak guard sampai depa check pintu belakang..berkunci. Mereka masuk rumah melalui pintu terbuka..kami tunggu kat luar rumah sbb takutla ada lagi "pencuri" kat lam tu..kang jadik kes lain lak. Tak berapa lama mereka kata tak de apa yang pelik pun..jiran saya kata "harap2 majdi lupa tutup pintu je la...jgnla jadik apa2 kan Nis?". Saya iyakan. Lama sikit dah confirm tak de apa baru sy masuk..first benda sy check is my lappie ada ke tak..second my dlsr..both selamat ada..kat ruang atas, dlm bilik, bilik air, bwh katil, dlm stor semua selamat. fuhhh...saya call lagi sekali suami,
"r u sure u lock the door and the grill??????"...
"pagar kunci"...
"sy kata pintu ngan grill!!!"...
"rase2 kunci kot.. semua brg ada? sy otw dah ni".
Sah!! Konpem cik abe aku lupa kunci pintu + grill.....haduii malu mak ngan pak guard n jiran2. Wat suspen jerrr..sib baik tak de apa2 dahla area ni sll gak ada kes pecah rumah..

Malu sbb benda ni satu hal..lagi malu bila pikir rumah ku bersepah bagai (mmg byk sgt benda tak patut dilihat)!!!! Huhuhu..tak leh ingat peristiwa ni mesti sy rase malu sgt. Nak lalu pondok pak guard pun rase tak sanggup!! Hiii..cik majdi ni mmg nak kena rotan tau!!

Apapun syukur pada tuhan kerana memelihara keselamatan rumah kami. Walaupun rumah ni tak byk brg berharga tapi adala juga mcm lappie kebetulan mase tu ada 2 (satu kerajaan punya..tak terpikir pon nak check ada ke tak..haha), kameraku..brg kemas yang langsung aku tak terpikir. Yang penting lappie dan kameraku...oh tidak kalu hilang benda ni. Mase tu leh plak aku terpikir..lepas ni tak berblogla aku. Hihihi...hihihi...

Thursday, January 22, 2009

Gifted



She just so amazing!!I'm impressed!! Cuba dgr dia punya gemersik suara dan vibrato yang dihasilkan (just ignore yang pelat2!!)....husky...siapa sangka umonya baru 6 thn...

Sunday, November 23, 2008

Penipu!!!!!

Kengkawan sila tonton ini video dan sebarkan!! Apa pendapat anda? Alhamdulillah sbb tak terlibat dgn aktiviti sebegini! Cuma malunya sbb org Korea pula yang bongkar rahsia kat sini!!!!!

http://www.ohbulan.com/ustaz-arief-cakra-atau-putar-alam-kantoi-dalam-tv-korea/

WE KNOW EACH OTHER SINCE 1996

Daisypath Anniversary tickers

Our anniversary

Daisypath Anniversary tickers