Showing posts with label House. Show all posts
Showing posts with label House. Show all posts

Friday, February 19, 2010

Ahmad Albab!

Muahaha!!(gelak mak lampir!)
Sekarang Ana banyak sukala!! Ana banyak sukala! Sukala!
Sekarang Ana tak perlu lagi jerit2 sama itu anakanda Ana..
Anakanda Ana suka masuk dapur tiap2 harila..
Ana banyak risaula! Ana masak pun dalam keadaan tidak tenang..
Tengok tv pun Ana tidak tenang sbb anakanda Ana suka main kat dapurla..
Ok enuff! berAna2!!

pintu

Wehuuu!! gembira tak terkata biala dah ada pintu kat dapur..ada skit lagik bhgn tak siap tapi dah bleh berfungsi menghalang E-in masuk dan keluar sesuka hati..Sekarang lega skit..w/pun E-in bukan masuk keluar ambik pisau tapi byk lagik benda bahaya kat dapur....main peti ais, punggah keluar brg dlm peti ais, jenguk kuali panas, sup panas, panjat kabinet.....wohoho..merbahai betul!!!! Now nak masak tenang skit...sekali sekala saya bleh jenguk2 dia main kat luar..dia pun jenguk gak umi kat dapur......tapi kat tingkap jerr ye sayang!! muehehehe!!

Tuesday, February 16, 2010

Bilik saya dah siap!

Dah masuk seminggu Hani tidur sendiri. Dari hari tu lagi dah tak sabar nak tidur bilik sendiri. Tapi ada satu syaratla...hehe dia kata dia tidur dulu kat ruang tamu bawah baru ayah agkat Hani masuk bilik..maknanya dia tak sedarla yang dia tidur sorang..haha! Saya tak de lah hias bagai. Ada katil, almari baju berlaci then satu lagi almari baju yang siap ada cermin kat dlmnya untuk jimat space. Yang belum ada meja tulis. Susah nak carik meja tulis untuk budak2. Yang ada terlampau kecik or meja office. Sayan nak cari meja yang simple je. Saiz sederhana. Tak besar dan tak kecik..yang boleh pki hingga sekolah menengah.

hanisroom

Buat masa sekarang masih ada a few brg umi yang terpaksa tumpang dlm bilik Hani mcm side table, ironing board buruk serta makeup desk. Nak buat mcm mana bilik umi sempit. Tunggulah ada rezeki buat built in wardrobe cum kabinet cum built make up desk dlm bilik umi....settle masalah. Dinding tu mcm kosong sgt..tgkla klu umi rajin umi buh sticker mcm auntie Zaliana ckp tu tapi dgn syarat jgn gatai tgn nak "kutih"! (ehehe..sila rujuk ore kelate utk mencari makna "kutih")

Bilik anak teruna masih lagi kosong...tapi kemasla skit berbanding dulu yang sebijik mcm stor. Cuma ada kotak mainan, tmpat sidai baju, side table yang umi tumpang. Yang baru kat bilik E-in hanyala wardrobe baju yang sebijik mcm wardrobe berlaci Kak Hani yang tepi katil tu untuk buh baju2 E-in. Tak pe la. E-in tidur bilik umi lagikk pun..hehe!

einroom

Inilah sebahagian baju2 umi yang jadik masalah sbb bilik umi ada satu almari je. Memang kena ada almari kabinetla baru settle..tapi apsal la benda tu semua bukannya murah...huhu..sakit mata tgk tapi sbb poket pun sakit..maka sakit mata adalah lebih baik! ;P

baju2

Hehe..pakai tempat penyakut rm49.90 yang beli kat GIANT. Hampir melendut dah besi tu. Huhu...! Baju ni nampak cam banyak tapi byk tak leh pki u all..sbb tak muat! Eheh! Tu la bahana masa kurus dulu rajin benar buat kebaya...!Sebahagian dah sedekah kat orang...yang tinggal ni sayang..simpan kot2la aku kurus balikkannn...bile tu???

Sunday, January 31, 2010

Rumah berusia 8 tahun.

Semalam setelah bertungkus lumus, akhirnya bilik Hani telah pun dikosongkan dan dicat. Kami beli cat Jotun sbb kedainya dekat dgn rumah. Saya pilih dua tone, Royal Iris (feature wall) and Dainty Pink. Thank to my BIL yang datang tolong (ehehe..ntah abang dia yang paksa ntah! wahaha).

Saya tolong cat bahagian tepi2 yang dekat dgn syiling dan cat mana yang tak rata pastu depa yang buat sampai habis. Iyo..jgn tak caya I yang ayu ni panjat sampai syiling!! Bertuah tau abang you dapat wife yang bleh buat kerja2 buruh kasar ni...ahaha!

Tadaaa!!! bolehlakan....tuan punya bilik pun dah seronot bukan main..
bilikhani

powerpuff

Ini kaler bilik anak teruna. Dah lama dah cat.

bilik e-in

Bilik mak bapaknya??? Biralah rahsia...kuang2x! kang kalu buh ada yang pingsan!! ;P

So esok Isnin, org perabot dtg hantar. Nasib baik cik abe cuti hari wilayah, byk urusan rumah yang selama ni nak buat selesai. Besok org yang datang pasang pintu kat dapur datang, sekali yang cat bahagian ruang keluarga kat atas, yang perbaik railing langsir (ada tiga tempat dah tercabut, direntap anak bertuah...sapa lagi klu bukan anak teruna!!), perbaik sink bocor..bla..bla..kalau dgr mcm dah rosak teruk je rumah aku ni. Ni lom kira siling bocor pun ada gak! Tapi terpaksa buat lain hari. Terlupa nak inform.

Lagi satu mana nak cari plumber? Bencila saluran dalam bilik mandi bawah tu bersambung dgn saluran dari sinki. So biasala, bila dah 8 tahun ni, kadang kita basuh benda berminyak, lemak2 tu berkumpul kat situ..skang mcm tersumbat skit..air dia lambat nak masuk dlm lubang singki. Benci!! Kalau hujan bau dia..masyaallah!! Busuk okeh!! Sejibik bau longkang!!

Friday, January 29, 2010

Tak berapa sihat tapi byk agenda!!

Dua hari lepas tekak perit, kering..
Saya tau itu petanda nak SELSEMAAAAAAA!!
Hari ini, Jumaat....meleleh2 ayaq hidung..aktif goblet cell aku produce mucus!!!
Nasib baik hari ni Jumaat balik awal plus tak byk jadual...
Nak bercakap pun tak larat. Mata pun berair2...huhu..paham ka situasi saya???

Hari ni cik abe cuti smpi Isnin..
Ingat tak projek bilik Hani?? Jadi ambik kesempatan untuk settlekan masa ni..

Hari ni nak kemas bilik tu..transfer brg2 sblm cat...
Nak pi JJ beli cadar baru, nak pi Nilai beli dan jahit langsir for her room..

Nak pi beli cat..
Besok nak cat2..bla..bla..kemas2 balik...byknya kerjaaaaaaaa!!! huargh!
Tak lupa bwk balik kerja sekolah yang berlambak2..
Tu belum buku nota budak2 yang aku lom settle lagi..

Sekarang hidung saya gatal merenyam2, bengkak dan ayaq hidung meleleh.....euwwww!!

Saturday, December 12, 2009

salaaammmmmm!!

Kami baru sampai dari kampung!! Penat tak terkira sbb sampai2 je nak kena menge'mop' rumah, mengelap habuk simen. Rabu lepas ada orang datang buat kerja nak pasangkan pintu nak masuk ke dapur (letak pintu sbb tak larat nak berperang dgn E-in masuk ambik kitchen tools). So kena pecahkan skit sbb nak lekat rangka bingkai pintu.Memang berhabuk yang amats...dan skang ni tuan rumah pun penat teramatssss!!



Thursday, October 22, 2009

Linen Frame

Yup....masa open house hari tu ramai yang berkenan dgn canvas Linen print ni yang di buat dalam Black n White. Anda suka saya lagi suka!!! Kalau suka pi tangkap gambar dan order di sini. Saya suka sbb nampak cam cool je.saya tak suka frame yang corak berukir2 ni (tgh pikir nak beli cermin lain sbb cermin kat ruang tamu tu corak ukir2..tak seswuai!). Gaya cam tu sesuai utk banglo besar yang nak buat gaya klasik bleh la.

Sy order kurang 2 minggu dari open house. Mintak tolong depa siapkan b4 open house (harus tujuan nak menayangkan?hihi..). Lagi pun memang kat rumah ni dindingnya kosong yang amats..tiada hiasan kristal di atas meja. Tiada juga jambangan bunga2 menghiasi sudut rumah.So, sekurang2nya frame ini boleh menceriakan rumahku! To Frame Kasih .....i likeee!! Tunggu i email gambar anak beranak i...murah rezeki yer! :)

_MG_9095



_MG_9096



_MG_9098



_MG_9097



Saturday, September 26, 2009

Baru sampai

...tengahari tadi..jap..penat!! Dah la masuk rumah je ada kucing mamp*s depan rumah..busuk dan dah berulat okeh!!Yaksss...!! Kesian + Lega!! Kesian sbb kucing ni kucing bela sbb ada pki rantai....tuan dia pun dah tau nak balik kg hantarla kat pusat jagaan kucing...berbayar kat rumah kedai yang kat BTHO ni..kalu tak tak payah nak membela terus kalu mls jaga.....ni biar je kucing tu tak de mknn...sbb selalu biar le kucing ni selalu je melepak kat rumah aku..lagi bengkek suka membuang kat rumah aku...busuk giller okeh!! Rase nak membunuh je bila tgk kucing ni..skang sy dah LEGA pasal sy tak perlu jadik pembunuh!Tapi tak pasal2 kena cuci..dah la penat baru sampai dr jln jauh!!...dah nak rehat!



Friday, August 28, 2009

Sudah Pulang!!!!!!!!


Setelah bbrp hari rase tak bermakna dapur itu, petang semalam dapurku kembali berseri-seri!! Selamat pulang Peti Aisku! Kesiannn...salur trakea mu tersumbat ropanya..patut gas tak masuk..terpaksala ditambah 'trakea' lain. Macam mana la boleh tersumbat..takde sapa nak main kat belakang peti ais.


Walaupun kau pulang dgn comot bukan main...walaupun berlekuk di bhgn muka..tapi aku tak kisah. Dah berkilat2 aku lap kau. Cuma satu je aku mintak lepas ni jgnle buat hal lagik wpun warranty mu mmg dah extend smpi 4 thn tapi..tak sanggup aku kehilanganmu. Berkerja baik2 ye...tuanmu ini bukan kerja cop duit.


P/S : Azam nak masak tetiap hari dah makin menurun sbb 2-3 hari ni tuan mu asyik mkn beli je...masak pun yang bermenu telur je..huhu

Tuesday, August 25, 2009

Sadis!

Huhuhu...nak nangis dulu...huhuhuuuuuuuuuuu..sob!sob!...huarghhhh!!!!!!! Bayangkanlah baru je memenuhkan peti aisku yang berjenama LG dan berkapasiti 640 liter itu sepenuh2nya, sy pula dgn semangat nak masak2 (bukan senang sy nak ada semangat yg satu ni!) sempena bulan puasa, siap buat jadual semua, beli brg frozen bukan main byk, cheese, krim, sayur, segala perencah dlm botol dlm tin...bla..bla...buleh plak peti ais aku buat hal!!!!!!!!!!!!!!! Pakai tak sampai setahun..tak smpi birthday dia pun lagik..buleh kau buat hal???? Kalau dapur gas jantung dapur, peti ais umpama perut dapur! Tanyala mana2 org pompuan kalau rumah tak de peti, susah tak?

Kejadian bermula bila saya perasan yang bahagian freezer tu tak membeku. Ais yang sy buat pun leh cair. Sy ingat masalah kecik je. Ada yg tutup tak rapat sbb kadang E-in suka sgt main peti ais. Tapi bila dah dekat 2 hari air tak beku2, pastu bhn2 lain semua lembik je tak keras, ini tak boleh jadik ni. Selalunya kalau buat ais, dlm masa setengah jam 80% dah keras dah. Bukan masalah tutup tak rapat dah..ini kes lain dah ni! Cik Hubby terus contact Sen Heng..

Semalam dekat pukul 6 (time sy tgh nak masuk dapur masak2), dtgla technician Sen Heng "ting tong" kat rumah. Dia suh sy keluarkan brg2 kat atas tu. Ok sy keluarkan. Dalam hati dah rasa tak sedap dah...risau kalau2 dia kata terpaksa bawak balik dulu, repair kat kat kedai...masa tu terbayang segala brg kat dlm mana mau di simpan betapa byk brg yang tak leh simpan dlm suhu bilik, botol2 pelbagai jenis sos, terbayang duit terbang beli brg (kos repair tak kisah psl under warranty), rempah2 yg sy buat sendiri, susu, krim, cheese, nugget, ayam, daging, anak2 aku nak mkn apa besok, Ein tak makan telur mesti ada daging/ayam......bla..bla..segalalah!


Tepat bagai dibygkan.."akak..ni masalah biasa..habis gas dah ni..nak kena bawak balik dululah". Terus saya terkedu beberapa saat. Ayat pertama keluar dr mulut saya "takleh ke u isi kat sini je gas? Bwk tong gas dtg sini? Tak pun u tunggu lagi 2 hari u dtg..kasi sy habiskan semua mknn dulu?"(bodohnya rase soalan saya!). Geleng dan tersengih (maybe nak gelak kot tgk muka aku yang campur terpingga2+terpisat2+bengang+furst+sedih +semualah!). "Nanti akak biar, lagi byk rosak kak". Akak keluarkan dulu brg semua...sekali lagik sy terpana di depan pintu peti ais merenung brg2. Keluarkan la jugak dgn berat hati. Dia kata plg cepat dua hari baru siap!


Dok kejap cik abe balik...kami bungkus mana yang leh simpan dlm peti ais nak tumpang peti ais rumah MIL. Tapi tak semua la..ayam/daging, sayur2 yang lembut2, krim, cheese, susu, segala mknn frozen je yang sy hantar. Yang lelain tu tawakal je la. Mana muat nak taruk dlm peti ais rumah MIL walaupun dia ada 4 peti ais temasuk ais box. Ye caya tak rumah MIl sy byk peti ais tapi semua penuh? Mana tak penuh..Tetiap hari my MIL masak koman2 utk 20 org. Family cik abe family besar. Semua mkn kat situ accept us la jrg2 sbb sy masak. Daging2 dan sayur2 sy kasi mak mentua je la.


Semalam lepas kemas2 semua, dah kul 7 baru masak2, tu pun sy dah tak de mood. Skit2 terlajak ke arah tmpt letak peti ais! Huhuhu.....merana saya. Semlm lepas bukak cik abe sy kata tak pe tak yah kemas..biar abg kemas..sayang naik mandi. Muka awk dah merah dah! Nampaknya darah sy naik smpi ke muka..bengangnya!


P/S: Teringat peti ais kecik jenama National org hadiah masa sy kawin dulu..skang dah kasi kat adik sy, ok je lagi biar pun dah hampir 7 thn....biarlah jenis tradisional kena rajin defrost tapi power ooo..kalau bukak lebih dr satu maunya bongkah ais kutub selatan kuar..!! Huhu..kesian saya!!!!!!!!!!!!!!!!!

Saturday, August 15, 2009

Rumah oh Rumah!

L-shape sofa....mmg sedap melanding di sini..hmm cepatla kusam benda alah ni nnt...pki pun tak cermat.

Meh sini org mabuk jakun sofa nak buat free show. Benda murah tak setakat mana pun mau masuk blog ka?Parah betul semek Anese ni, kan?Tak pe kasi can la. Kesian kat saya ni. Mau beli yang mahal tak mampu. Nak hias renovate rumah kasi besar sikit mmg jauh panggang la lagi. Pepun syukur la, ada juga tempat nak berteduhkan. Bukan tak teringin nak buat rumah cantik2. kadang pi rumah kengkawan tgk dgn hiasan moden2, rasa malu mau ajak ke rumah kami yang sudahlah tak de konsep, dinding kosong, seketul pasu pun tarak, brg2 hiasan mmg yilek..nadaaa...tak pe buat pelan2..sekaligus mau pingsan kan?(kata2 pujuk diri sendiri).


3 seater & 2 seater...huk aloh..anak aku ni sikat rambut ke tak ni? Mak dia tak pedlik langsung..mentang2 budak tu dah leh urus sendiri...


Cuma satu je masalah..saya ni kureng bab2 hias rumah. Tgk dlm majalah mmg byk yang berkenan tapi bila nak pergi beli apa2..kadang tak reti nak pilih. Contohnya bila beli lukisan ke..bila bwk balik tak masyukk langsung dgn perab0t dan dinding..huhu. Tengok je la sofa ni pun..awal2 cat dinding dgn kaler hijau/krim..pastu gi beli langsir ready-made (nak kena buat lain la rasenya) kaler coklat..pastu sofa dah pening nak pilih kaler apa. Last2 beli kaler ni. Bila lama2 renung mcm tak match, tak syncronize je kaler2 ni. Lagi parah dgn kaler carpet. Belum lagi aku pi carik hiasan dinding..sure nnt aku bawak balik wall art yang tak sesuai langsung. Memang tak de bakat seni langsung aku ni.


Antara wall art yang sy suka..boleh DIY ni...hmm!

Even my dotter pun pandai komplen. Masa org hantar sofa hari tu, boleh dia kata..."Hmm...meja makan tu bila nak tukar umi? tak cantikla". Wohoho...anak2 zaman ini kan..memang advance tau.Umi tau meja makan kiter tu sama dengan meja makan kat kantin sekolah lama umi..tak pe. Biarla..kiter pki smpi roboh..haha..

Bertuah punya anak..skang ni, inilah fav dia. Terbalikkan semua kerusi pastu buat motor. Hmm..bagus2x! cepat skit jahanam kan...
ayah ngan umi almaklumla kerja cop duit kan? kan?;(



Sunday, August 2, 2009

Minat Hubby vs Mine!

Rabu lepas, masa otw balik keja, sy call cik abe ckp(ckp ye..bukan nak mintak kebenaran ke hape aku ni..haha) nak singgah Jusco dekat rumah jap. Cik abe tanya nak gi beli apa? Nak beli scanner. Scanner ni amatla penting bagi sy yang kerja cikgu nih..nak buat latihan, soklan ....dah taip2 semua, tang gambar tu aku scan je. Memang susah sgt mase buat soklan pertengahan tahun lepas sbb scanner + printer lama tu rosak. Sy tak suka photostat pastu tempek2 gambar. Tak cantik kertas soklan Ai tu nnt. Kerja mesti mau perfect ma... Cik abe kata tak yah beli..nnt dia belikan. Yuhhuu..suka hati sgt sbb ..save!save! Haha. Then menunggu la Ai dia bawak balik..sekali tu hampehh..dia balik lambat almost at 9pm hari tu sbb ada important meeting!! Yaikss..sy ni dah lambat dah ni..due date hantar soklan minggu lepas lagi. Huhu..sib baik exam lambat lagi.

Dia janji nak beli esok..angguk je la..nnt kang kalu i tak sabar i pi beli sendili..habis duit sendili kang. Esoknya tu dia call dr office ckp.."abg beli hari JUMAAT je la..sbb esok ada PC Fair..lagipun dia nak beli external hardisk...nnt la dpt murah skit kot!!"..huhu..Tertangguh lagi kerja Ai. Ingat nak taip2 la dulu petang Khamis tu..tup2..badan sy panas tetiba....then demam. Jumaat dapat MC. Rest kat rumah satu hari. Oleh kerana, terasa cik abe aku ni mmg suami yang tidak kedekut dan berkira..sy pun bagila SMS kat dia masa dia kat PC Fair tu. Tulih lebih kurang begini ,"abang, kalu ada apa2 yang abg nak beli utk diri abg, belila. Selama ni abg selalu dahulukan kitorang..".Chewahh...bolehla ckp camtu sbb bukan pki duit sy kan..haha..Bukan apa, dia pernah ckp..kalu ada duit dia nak beli lappy baru utk private use.

Malam tu cik abe akhirnya belikan jugala scanner utk isteri debab yang terchenta ni...TQ abang! Saya tanya dia..abg beli apa utk abg..since tak nampak apa2 pun selain plastik scanner saya tu. Dia kata, "tak de apa..just beli external hard disk tu je la. Kalu umi nak jugak nnt next time abg belikan..". Nakkkk! Nak! Baikkan cik abe sy?Syok hard disk tu 320G!! Leh simpan gambar2 kitorang. Sekurang2nya my lappy get more free spaces.




Saya pun mmg mati2 ingat dia tak beli apa almaklumla cik abe sy bukan reti shopping. Then saya kata, demam sy dah ok dah. Esok Sabtu jom cari sofa n baju raya bebudak (minggu lepas dah tergendala sbb Hani demam). Hubby kata tak leh gi beli kat area KL sbb depa nak buat tunjuk perasaan pasal ISA tu..huhu. Saya kata tak pe la kiter pi cari sofa je la. Bodohla depa ni negara aman cam ni nak carik pasal pulak. Depa tak hidup zaman perang dulu, depa tak tahu betapa berharganya keamanan tu. Benci la!

Hubby kata, kita carik sofa petang skit ye. Ish aku suka keluar pagi..then petang leh balik rest kat rumah. Hubby kata kiter kemas2 rumah dulu pagi. Hmm..okla. Then dia tanya saya..

"Umi, kalau ayah buat kerja giler..umi marah tak?".

Hah! Buat ape..scandal ke?? Sy dah pikir lain (pompuan tetap pompuan!)..cik abe lak senyum2 cam kerang busuk..apa ni? Dia suka la buat aku suspend!

"Ayah dah tahan sgt dah.." ..la lagi aku kalut tapi kontrol rileks..

" Ape? cakap jela.. "

"Er ayah beli TV plasma 42"...hehehe! Tak tahan woo tgk kat PC Fair..asyik nampak tv je"

Huhu..patutla dia ajak pi beli sofa belah petang! Saya mmg tahu..dah lama dia usha tv mcm tu..kalu gi memana mesti nak singgah kedai elektrik tgk tv....tapi not now la. For me, sy tak kisah sgt benda mcm ni..asal leh tgk citer korea sy dgn jelas dah...agaknya dia ingat sy sure hangin beli benda camtu, cepat2 dia kata,

" pastu ayah beli DVD player baru yang sekali dgn mini home theather kat umi "

Haha..memang la sy selalu ckp, dvd lame tu dah tahap 'weng' dah sebab leh je tetiba ckp tak de disk. Dah pueh cuci pun kadang tak leh baca cd/dvd. Lum try ngan clorox je lagi. Tapi tak de la nak beli yang mahal. Ingat nak gi beli yang 2-3 ratus dah le. Tak pun beli yang Cosway tu..murah je. Asal leh tgk dvd korea aku dah..pandai dia sediakan "penyejuk" hati aku lak. Actually sy tak dela nak marah pun. Cuma terkejut je la. Takpela tu minat dia. Nak tgk bola baru puas hati katanya.

Tadaa!! Huhu..kesiankan org lain dah lama ada..kami baru jakun nak beli..haha!

my "penyejuk" konon2nya..
Cute kan speaker ni..kalu kaler pink+purple sure lagik kiut..(pompuan!)

U can see..how happy he was! Kalaulah sy yang belikan utk dia..kalaulah saya ada duit..kalaulah..sure dia lagik seronok..sy pun teringin nak kasi hadiah yang dia minat..tapi gaji ku kecik..nak buek cam no?

Sesi amaran utk anak "Jgn sentuh sesuka hati tau..ni bini no. 2 ayah!"

Ni yang sy tak suka..cam ne nak sorok wayar2 ni..mencacat pemandangan la..dah la rumah aku yang tak de gaya dan keunggulan..hv to think the solution quick..tgk kat Ikea la..kot ada rak DVD ke..leh sorok2 skit.




Haa..ni la tv lama kami..actually tv ni mmg ala2 'weng' juga..4 tahun lebih dah kami pakai. Dah pernah hantar servis, ganti alat semua..skang ni leh je dia tetiba padam kalau tgh syok tgk tv tu. Tapi leh pki lagi. TGh pikir nak letak kat mana tv ni..maybe kat hall atas. Itu la juga DVD player ku yang sy sure korang pun ntah first time tgk jenama ni...haha..tapi DVD player ni dah lama menghiburkan sy time nak release tensi. Terima kasih.

Bila ada tv best mestila ada tempat nak duduk yang sedap skitkan..as i said b4..memang kat rumah ni ada satu je sofa..caye tak? dah dekat 6 thn dok rumah ni..kami baru ada satu..haha..Saya dah ckp kat cik abe..awk nak beli tv ke, lori ke..tak pe..yang penting budget sofa sy ada. Saya beli yang murah2 je..kedia kat rumah je. Kat area Balakong ni byk kedai perabot. Sy beli kat Cavenzi je. Tak mampu nak beli sofa kat Lorenzo.Tu pun cukup puas hati dah..dgn budget yang ada (terlebih skit..hehe) i managed to buy 2 set. Lagi sepuluh hari smpi...tak sabar lak rasenya..jakun2!

Hoho...bulan ni mmg Cik abe aku dah kopak..dah le baru lepas belikan sy Canon speedlight utk DLSR terchenta sy tu. Tak pe dia kata speedlight tu as my bezday prezzie. Lenlain tu, sekali sekala shopping utk rumah. Lagipun memang selama bertahun kami kawin kami mmg tak de beli apa sgt brg rumah. Kalau org dtg sure org ingat mcm rumah org baru kawin..ada karpet ngan sofa stu tu je..tu pun dah buruks. Kire berbaloila. Beli benda nampak.

P/S : Baju raya budak lom beli lagi!!!!!!!!!!!!! Kenapa la depa nak buat kerja bodoh kat Kl tu..? Kacau betul la.. tailor aku dah sound dah suruh hantar kain..aku lom ber"Jakel" lagi!!!


Sunday, May 24, 2009

Jotun Majestic

Semlm Sabtu..
Aktiviti mengecat rumah. Kami cat sendiri konon benda senangkan..leh jimat kos. Lagipun minggu depan ada Home Visit utk ABA programme for e-in ( dia i tell u that kitorang assign to join ABA programme. klik here to know more...). Jadi nak cepatkan..maka cat sendiri adalah jawapannya.

We choose Jotun lepas tetanya kat FB (leh plka Facebook jadik tempat survey yeks..). Ok nak cepatkan cerita...Penat ok!!! Baru cat bahagian bwh je..lum atas, dlm rumah sebagainya...end up nak cat dua hari (1 for hall atas, 1 day utk tingkat atas)....jadi sehari..husband tanya nak continue atas ke tak...aku dah takmo..tak larat sesgt!!!

Maka dgn ini utk menyambung kerja mengecat aku rela upah org..tu lum kire part2 nak cover sana sini dgn masking tape, nak ubah barang, kemas barang, lap habuk (yaksss...byk giller). PENAT...tak berbaloi...lepas ni kami dgn ini dgn sahnya akan HIRE someone yg confirm expert buat kerja2 ni...semlm jugak dinner aku mkn bukan main lagik..balik mata tak leh nak bukak langsung!!! Bangun pagi ni habis sakit semua badan. Tangan pun terketar2 je bila pegang apa2.
align="justify">

Disebabkan itu gambar akn diupload bila aku rajin..Skang ni tak de mood nak upload gambar w/pun di awal program aku bukan main ambik gambo...haihhhh....



WE KNOW EACH OTHER SINCE 1996

Daisypath Anniversary tickers

Our anniversary

Daisypath Anniversary tickers