Showing posts with label Food. Show all posts
Showing posts with label Food. Show all posts

Wednesday, March 17, 2010

Resepi orang nak kurus...

Ye..ku masih lagik diet..tak kurus2 pun...Usana makan kadang-kadang..dang..dangggg..dangggg..(siap echo tu! :P). Kesian kat aku ni kan...makan jaga bukan main tapi lambat nar jarum timbang nak melencong ke kiri..asyik dok takat-takat tu je..fav. nombor jarum tu kot...ceh!

Nasib baik jaga makan..nasi mkn jarang2..mkn buah je byk..kalau aku tak jaga..kalaulah mkn nasi 2-3 kali sehari jawabnya sure kegemukan berganda aku ni!!!
So apa resepi yang sedap dan mengenyangkan? My all time fav chinese food......Dumpling Soup!!!!! I'm so lucky sbb my fren jual Halal Dumplings..maapla kalau teringin nak buat tu..sbbnya dumpling ni saya nak rekemen beli kat pasaraya pun mmg tak de!!! Yang ada kat sekolahku aje..tu pun by order (yang pasaraya..i tak yakin sgt dgn tahap HALAL). Kalau mengidam tu korang pi mkn kat chinese rest. je la. Kalau rajin uli la tepung buat sendiri. Ahakss!


Ada macam2 ready made dumplings and wantan yang kwn saya jual. I like Shanghai Dumplings the most sbb dia punya kulit sungguh lembut, nipis dan kenyal. Boleh stim, buat sup and goreng...tapi saya tak goreng le..kata nak dietkan.

Here is my simple receipe for dumpling soup. ;)

dumplings

Bahan :
  • 3 cawan air
  • kiub pati ayam (depends u all nak brp kiub..i pki skit je..1/2 kiub je..utk kesihatan)
  • ground black pepper
  • 2-3 cloves of garlic (finely chop)
  • ready made dumplings
  • fresh mushrooms
  • daun bawang
  • bwg goreng
  • garam, minyak utk tumis

Cara :

  • tumis bwg putih sampai hampir garing, masuk black pepper. Tumis lagi sampai keemasan.
  • masuk air, kiub pati ayam...biar mendidih.
  • masukkan cendawan..biarkan cendawan hampir masak..kemudian baru masukkan dumpling.
  • masuklah garam.. skit kalau masih kurang masin...didihkan sup smpai dumpling masak.
  • dah siap! Hidang dgn daun sup+ bwg goreng...sedapsss!!

* I enjoyed it with my homemade chilli sauce (tt i made for chicken rice) and fresh green apple juice...reduce sugar intake beb!! kellassss...

* sebenarnya bleh je klu korang nak tambah isi ayam ke, dging ke, udang ke..ikut suka korang la kan...sayuran lain bleh masuk..mcm tomato, salery, carrots semua tu....


Thursday, March 4, 2010

Petua masakan sedap

Petuanya senang aja....kena rajin masak untuk suami, terutamanya anak2. Apa yang saya nak bagitau kat sini bukan pasal bila rajin masak, masakan kita akan jadik sedap. Of coursela cooking skills akan bertambahkan tapi yang saya maksudkan di sini....rajin2lah masak untuk anak sebab bila besar nanti dia akan ingat, akan rindu dengan masakan mak dia walaupun masakan mak dia mungkin tak sedap di lidah orang lain.

Tak guna carik duit dapat puluh2 ribu tiap bulan pun kalau anak asyik terbiar malah dlm setahun pun susah nak merasa walau sekali masakan ibu. Anak kecil bukan tahu nilai wang ringgit tapi mereka tahu menilai kasih sayang, perhatian dari kita, dan salah satu cara kita sampaikan rasa sayang kita adalah melalui masakan. Tanyalah sesiapa saja pun...susah nak jumpa setakat ni yang cakap masakan mak dia tak sedap!! Seeee....walaupun mungkin masakan kita simple, biasa, mungkin juga tak sesedap masakan hotel atau restoran mewah!! Tak mengapa. Kita bukan chef ternama, tapi kita chef di hati anak dan suami! Mungkin kalau kita masak tak sedap mereka beri komen, kita ubah cara, dan akhirnya masakan kita akan jadi yang tersedap di hati mereka, kerana kita memasak dgn penuh rasa ikhlas dan kasih sayang.

Hihi..macam poyo je saya ni kan..macamlah rajin masak sangat tapi taklah malas smpi masak nasi pun teragak2. Ok saya mengaku saya tak masak hari2. Ada hari yang saya balik pukul 5 saya tak masak. Hujung minggu pun tgklah kalau tak rancang ke mana, blehla masak2. Dulu masa ada anak kecik, balik kerja terus ambik anak. Masa Hani kecik2 dulu dia tersangatlah clingy...huhu..nak angkat baju pun dia menangis sekuat2nya sampai biru bibir mulut. Jadi untuk masak2 pada waktu itu sangatlah tak tenteram jiwa..last2 tutup api..tutup dapur..order kat kedai saja!! Hehehe...

Kemudian E-in pulak jenis active yang pantang terlepas pandang..jadi aktiviti memasak teramatlah jaranggggg!! Tapi bila perkahwinan ini menginjak usia 8 thn..saya rasa sudah tiba masanya saya berubah. Lagipun sekarang ni lepas waktu kerja saya pulang dulu ke rumah tanpa ambik E-in, Hani pula di sekolah jadi saya bebas untuk memasak tanpa sebarang gangguan. Bonus kalau jam 2.45pm dah ada kat rumah....tapi jaranggggggggggggla. Paling dlm pukul 4 lebih..kalau sukan drag smpi 5 lebih. So balik lambat no masak2, balik awal masak2!! Yaiayyy...at least dlm seminggu 7 hari tu adalah 3-5 kali dapurku berasap(eheks..tu nak bangga..org lain hari2 masak..eheh)!!

Masakan apa yang saya masak? Huhu..I'll go for simple2 punya resipi! Ada satu yang berkuah, sayur dan satu lagi mungkin bergoreng. Cukuplah untuk perut 4 beranak. Simple tapi Hani tetap cakap "Umi masak paling sedap ni dalam dunia!!!"(siap dgn intonasi yang membanggakan).. :D ...kan betul pun saya cakap! Tak sedap kat korang takpe yang penting anak saya kata SEDAP! Ahaks!

stimlime3

Senangin yang distim limaukan..tgk tu..kan best masak sendiri..beli kat kedai lum tentu lagik ikan tu mata bling2!! ^-^

Resepi untuk Azie:

Bancuh secawan air dgn 2 ulas bwg putih(cincang halus), 2 ruas halia (racik), 2 biji asam boi, garam gula secukupnya (kena balancekan garam gula tu betul..baru sedap..gula dlm 2-3 sudu gakla..tapi tak manis pun at the end)

Tuang atas ikan, letaklah serai. Kemudian kukus lebih kurang 15 minit.
Dah hampir masak baru tuang perahan 2 limau, daun limau purut, letak tomato, cili yang dipotong (cili nak letak awal2 pun bleh..nak cincang lagik sedap..akak potong kasar2 takut pedas anak nak mkn). Kukus lagi dlm 2-3 minit.
Dah masak tutup api, hias dgn buah limau yang dipotong nipis, tabur daun ketumbar. Siap!

bakchoya


telurdadar

Hidangan sampingan...Bak Choy ikan masin, telur dadar (rupa tak cun tak pe)....!!!


Alah masak simple pun tak pe uols! Yang penting korang masak! (err tapi klu jenis anak2 dan suami uols jenis mkn memilih..tak mkn simple2..kira nasib uols la labu! ahaks). Semoga semua rajin masuk dapur dan sediakan masakan yang terSEDAP dihati keluarga kita!

P/S: Sangat respek okeh dgn ibu yang masak tetiap hari...Syabbas inspector shahab mom!

Monday, March 1, 2010

Ikan Siakap yang stim

Ahakss tajuk mcm 18sx... Sorry tak de cerita sx2 kat sini..semuanya clean belaka....
Tgh mengeksperimen membuat ikan siakap stim limau...opss silap..bukan siakap tapi senangin..
bleh ka?? dah itu ikan yang ada...ahakss gasakla kan..masuk peyut gak.

Thursday, February 18, 2010

Nyaman sekali!

Sekarang ni cuaca panasss yang amat! Nak buat latihan sukan time 3.30 ptg adalah waktu yang sgt panas 'lit-lit'(sile carik org kelate utk translation!). Balik rumah sakit kepala, berpeluh...terasa klu banding dgn ayam kat reban pun lagik wangi ayam!Serius kulit aku puas sapu minyak zaitun, ellgy plus, lotion biji anggur, simbah air tetap gak kering mcm nak bersisik..part kaki la paling buruksss. Lagikla cepat tumit aku pecah2..huhu!

Balik rumah, sgtlah penat, nak mkn nasi pun tak lalu (tapi tak kurus2 gak!)..apatah lagik nak mkn gulai daging, ikan bakar semua tu...teringat benda tu semua pun terasa kepanasan. Jadi time panas2 ni adalah sgt sesuai untuk menikmati sesuatu yg sejuk dan lembut...yang senang ditelan. Apalagi...my fav ialah buah2an!! Nak telan sebijik2 adalah malas (mengunyah pun malas daaaa!). So berdesup (huyyooo! terbayang aku lari mcm kartun Woody Wood Pecker lak..hihi!) pi beli juicer! Beli buah siap2. So now aku rajin buat juice.

breville

Sangat bagus juicer ni. Hampas dia kering. So dia perah juice buah tu to the max! Saya suka jus buah epal hijau.. saya tak suka juice campur2. Sorry gambar juice tak de sbb tuan punya blog sgt tidak sabar untuk minum! Hehehe...apapun kalau buah2an yang lembut I suka buat ice blended a.k.a smoothies..or apa2 jela yang korang panggil. I suka strawberry or black gold manggo.


smoothies4

Resepi saya:
+buah2an (suka hati korang nak letak byk mana)
+3 sudu besar low fat plain yogurt
+2 sudu kecik susu pekat manis (ni tak leh byk kalu diet then kalau buh byk pun tak sedap)
+ ais

smoothies2
then ZzrEettttt....pastu buh lam peti ais kat tempat beku utk 1/4 jam...kalau nak terus ngapp pun bleh...tapi i lagik suka kalau teksturnya dia jadik separa solid.

smoothiesc
SiAp!!! Manggo or Strawberry, dear???

Tuesday, January 19, 2010

Lamo tak dating berdua...

Birthday treats for my hubby. Since his birthday is on Wednesday, so i decided to only have the birthday cake on that day then bring him somewhere on the weekend. So inilah rupa kek yang simple I beli untuk dia. Hehe..dah 34 dah cik abe ku ini. Tak pe kau tetap seperti Abg Jed di kala umor 21 tahun di mataku! Chewah!! :P Sila muntah! Hihihi! ^-^

kekbirthday

Jadi Sabtu lepas as a birthday treat, kami dating berdua...hehe. Bestnya! Lama tak macam ni. Kalau sebelum ni keluar berdua pun mesti nak beli brg cepat2 then balik rumah.Sebelum keluar harus ambik gambar dulu sbb I malas nak bawak kamera bulky tu keluar (yang sah2 kena buh dlm beg I, buat sakit bahu jek!), kamera compact tu plak lom charge...lagi pun i tak berkenan dgn kualiti gambar my compact tu...haha tak berkenan sbb muka I yang tak berapa tak cun ni jadik cam mokcik-look-a-like! Kalau kamera yang besar tu bukanlah muka I jadik cun pun, tapi jadik 'emm-boleh-boleh-la'(sila baca dgn nada sedikit sengau!)..haha! Nampaknya kena cepat tunaikan hajat membeli new compact camera Canon G11 yang kualiti gambar setanding DLSR!! Nah..ambik kat cermin jamban je..huhu..kami berdua mmg 'sihat'!Dua-dua booolat!

abe

akulertu

Poyo jerr!!

Kali ni dapatlah beraktiviti masa zaman berchenta dulu2! Hehe..bapat la tgk wayang, makan, window shopping cuma kali ni I dgn rela hati belanja for the whole day. Sebagai permintaan cik abe mahu tgk citer AVATAR, siap minta Gold Class! Haha..oklah, ate birthdaykan!

avatar

First time tgk wayang Gold Class. Wahh (mula la jakun)...terasa mcm tgk tv kat rumah. Dgn kerusi empuk boleh laras, dgn jumlah umat yang tak ramai...best2x! Padanlah dengan bayaran almost 3 times dari harga biasa...huhu! Tapi berbaloi jugaklah pasal tgk citer AVATAR. Memang kagumlah dgn image CGI...fuhh mcm real!! Cantik sgt hutan tu ok! I suka dgn konsep glow in the dark itu! Dengan makhluk2 yang depa buat mcm real je hidup! Tabik spring dgn James Cameron! Toing! Toing! Cik abe ajak tgk citer yang setanding dgn AVATAR kat Gold Class lagi..katanya baru puas hati! Buleh2x! Nanti Harry Potter kita tgk sini..tapi abg belanja bleh? ;P

Keluar dari wayang, cam biasa..perut dah kruk2 krak! Yelah last meal masa brunch pukul 10. Now dah pukul 5 lebih. Sedangkan orang2 yang perut mcm kami ni mesti di isi tepat pada waktunya! Haha...so menapak ke our favarite Thai restaurant, AMARIN HEAVENLY THAI. I love this place sbb selain selesa makanan2 dia semua sedap! Mmg puas hati bayar lebih. Ala...end up bayar lagik murah pun dari makan kat SEAFOOD PUTRAJAYA yang satu hapa mknn pun tak sedap!! bueks!

Kalau datang sini I suggest u all order Tomyam, Stim Lime Chilli Siakap!! Fuh...sedap giller okeh! Semalam pun kami order yang tu plus kailan ikan masin and manggo salad. Pastu try dia punya Thai iced tea...ada tiga lapis, gula merah at the bottom, susu at the middle and tea at top...fuh! Sedap okeh!! Lagi satu try dia punya pineapple rice...mmg sedap to the max!

meing-kam

Pic source: google

As the appetizer, we tried Mieng Kam. First attemp. Selalu tgk kat tv tapi tak pernah nak cuba, sbb rasa tak yakin nak menelan daun kaduk dgn limau yang ada kulit hidup2! Tapi tak disangka 10-12 helai daun kaduk yang dihidang serta segala yang ada kat situ kecuali cili, habis licin okeh!! Sangat-sangat-sangat sedap you!! Waaa....nak lagi2x!Nak lagik! Makan tiap2 petang pun takpa!!! Cik abe pun suka! Rasa mcm nak buat sendiri....Kak Zaliana ado resepi dok??Hari tu tgk ado dlm blog Kak Za...tapi mana aku nak carik daun kaduk kat sini!!! huhu....


Masa nak habih makan, Hani dah call! Suruh balik cepat, E-in dah mengamuk! Huhu....baru je umi nak berwindow shopping dgn ayah..so tak dapatlah nak me'round' lebih2. Pastu suruh ayah pikir cepat2 nak cari hadiah birthday. Katanya nak office attire, tapi disebabkan nak cepat, just tgk memana kedai yang ada on the way jalan nak pi turun ke car park je. Singgah jap kat G2000 tapi tak ada yang berkenan...pastu nampak kedai Adidas. Hmm..cik abe kata bolehlah. Cian cik abe.

adidas


Bila sampai rumah my FIL, tgk E-in tak mengamuk pun. Cehh! Pastu on the way balik rumah, Hani mintak belikan aiskrim, padahal kat rumah opah punya stok aiskrim ada macam2 flavor yang ada. Huhuhu....korang ni memangla.....!! Tak kasi can langsung! ;(

Thursday, December 31, 2009

Selamat Tahun Baru

pic source : google

Alhamdulillah tuhan lanjutkan usia kita..dan telah mengurniakan kesihatan dan rezeki yang murah tahun 2009..amin.

Saya menyambut tahun baru dgn secawan kopi pekat...anak2 dah tidur setelah kekenyangan makan di SEAFOOD PUTRAJAYA. First time pergi sana, kalau nak bagi rating tu 4/10 je. Order tomyam seafood, lemon chicken, ikan kod gorang, lala tumis apa ntah pastu sayur kangkung belacan =RM 170.00. Baik aku pi Seoul Garden ke..Tony ROma's ke..makan kat Chilli's pun tak sebanyak tu....kalau byr sebanyak tu pun berbaloi..mmg sedap + big portion!




Nasib baik Hani makan berselera sbb dia mmg suka Lala..biarpun aku rasa lala tu tak sedap pun..Plus! Hani kata dia suka mkn temapat yang bersih pastu ada aircond! Dey!! E-in pun mentang2 ikan kod...makanlah plak..sebelum ni jaranggggggggggle tak nak mkn ikan bagilah kerapu ke, siakap ke, mmg tak layan..Ceh..ikan ober-the-c jugak di pilih..serius selera E-in mmg selera mahal...mak apaknya selera kg je.....Ntahla E-in ikan kod tadi bukan sedap pun dia masak..mcm goreng kicap je...Sedap lagik ikan kod yang dibuat masak lemak masa mkn dgn Tok dulu....Takpela...lepas ni tak pi dah. Not my taste!! Haha...baik pi Village View je la..lagi sedap+murah.

Hari ni kejut cik abe pi kerja, pastu dia ckp dia cuti...nak buat surprise katanya tak bagitau saya dia ambik cuti. Surprise cuti. Ingatkan surprise nak bawak kami pi mana2..rupanya surprise cuti semata2...haha. Hasilnya kami terbongkang duk kat rumah. Ceh! Romantiknyala sur-per-rise ni ye bang?! ;P Mlm je keluar mkn pastu pusing2 Putrajaya and now terbongkang balik depan tv tgk citer Jepun. Konon nak tunggu tahun baru...pastu nak tunggu gerhana bulan pukul 1.17 pagi karang..iyolah tu! ;P Gerhana dlm mimpi je la....

Oklah dah makin lama makin mengarut sebab i pun tak de idea sebenarnya. Just nak ucap Selamat Tahun Baru tapi cam biasa...i melalut lagi..tak apa..jgn menc*rut sudah!Tak baik untuk kesihatan. Hehe...Semoga murah rezeki, panjang umur dan diberikan kesihatan yang baik..amin!

Sunday, December 27, 2009

Mengidam lagi..

I suka tau buat kenyataan kontroversi...
Tapi skang saya teringin nak mkn benda2 mcm ni...
Sedapnya....

paddington2



paddington 3


Azam baru? Owh sama je..jadi lebih baik.
Bukak tahun baru ni saya tak de baju kurung baru..
tiada kasut baru..
tiada alat solek baru...
tiada tudung baru...
tiada make up baru..
tiada beg baru...

Tak macam tahun2 sudah..selalunya saya buat baru bila nak masuk thn baru..
konon nak bagi semangat skit sblm start keja selepas lama bercuti..
Tapi ntahla..kali ni rasa malas..malas..nak pi shopping pun malas..
tapi bila tgk baju masa nak pi kerja semua buruk2ss...
NTahla...sbb bila nak shopping rasa mcm rugi je buat baju saiz gemuk ni..
ntah..ntah..malas..malasssssssssss!!

Friday, December 25, 2009

Mengidam


Saya tak mengandung la...

Tapi mengidam nak mkn IKEA's SWEDISH MEATBALL

pic source : here

Looks yummeyyy!! Harus pi cuti ni..

*air liur meleleh2!*


UPDATES!!

Saya dah pi mkn tadi...share dgn cik abe..beli 15pcs..puas hati kawe! burrppppp!!! Alhamdulillah............. :D

Tuesday, December 15, 2009

Pengakuan 99 HTN dan Cendawan!

Selamat pagi.....
Alhamdulillah semalam i had enough sleep....E-in tidur dlm pukul 10 lebih... Pagi ini dia bangun awal dlm pukul 6 (anak cikgu mmg bangun awal!!)... Saya rasa sihat skit dan badan terasa segar, kepala pun terasa ringan sbb semalam kepala berat betul...mata pun pedih..asyik berair mcm kena asap bakar satay je...

Sarapan pun sudah, basuh baju sudah, sidai sudah, lipat baju yang basuh semlm belum..hihi. Tunggu mood melipat datang baru buat. So disebabkan 65% mood tgh mari maka i rajin nak upload blog...

Balik kampung baru ni saya tak pi memana pun since tak de org nak tgkkan E-in. Abah saya dah tak larat nak handle maklumla dah la saiz badan cucu lagi kasar dari tok Abah. Tok Abah pulak ada masalah sakit tulang pinggang maka tak jamin saya nak tinggalkan anak semata2 nak shopping/jenjalan. Kalau bawak sekali baik tak payahla. Tak jadik kerja la jawabnya.

Seperti biasa pepagi Abah saya di pi kedai kopi Ayah kawan saya yang sepelaung dari rumah. Masa balik tu dia ternampak ada tompok putih2 kat tepi tebing jalan tali air. Wahhh...rezeki di pagi hari.....!! Orang Kelantan panggil Kulat Pusu. Terus dia panggil saya dan Ma pi ambik...First time jumpa kulat ni kat kg ni sebelum ni mmg ada tapi tak pernah sempat ambik dah org ambik. Syok cabut kulat ni...kena cabut dgn sabar..kalau tak dpt part kepala je la tapi kalau cabut dgn perlahan...ha ambik! panjang dia punya btg akar dia.Kulat ni baru bercambah..memang sedang eloklah. Abah kata kalau tunggu dia kembang tak sedap makan.

Banyak jugakla dapat..ada dalam dua baldi. Abah kata sebelum ni ada orang dah jumpa tapi kat tempat lain dlm kampung ni. Tapi lokasinya dirahsiakan...LOL!Abah kata org yang jual kat pasar 4 kuntum =RM1.00. Mahal jugakla. Pastu abah cerita, kalau zaman dulu2 org tua2 kata kalau jumpa kulat ni tak boleh jual nnt dia tak naik lagik dah...hihi! Padahal org yang kata cam tu nak suruh org yang jumpa tu bahagi2kan kat dia. Samalah dgn pantang mkn leher ayam nnt sanding teleng...padahal yang tua ni nak meratah!


Lepas dah bersih semua, Ma masak goreng sos tiram. Sedap saya meratah! Cendawan Fresh cam ni terasa manis dan kenyal! Sedap sgt! Jadik harus sy buat pengakuan kat sini...hehe saya dah termakan dan makan nasi masa balik kg tu...dah serba salah pulak tgk mak saya masak penat2, dahlah jarang balik, rasa bersalah pulak. Nak kata sy craving for rice tak de lah sbb dah terbiasa. W/pun dah disqualified 99HTN balik sini saya nak continue balik utk diri sendiri. Masa kat kg pun saya tak adalah makan beria2.Makan sbb Ma saya suruh teman dia makan. Sehari sy cuma makan 1 1/2 senduk je. Itu sy makan tengahari je. Mlm sy tak makan. Minum je la.

Sepanjang kat kampung susahnya nak kawal E-in sbb rumah mak saya banyak barang, lebih luas, dari ruang tamu ke dapur agak terlindung. Saya tersangatlah letih. Habis kerusi kulit mak saya ditarik2. Habis carik. Kerusi kulit tu plak kebetulannya jenis yang tiruan...maka tersembul bhgn pelapik putih. Umpama macam kasut kulit yang lama tak pakai tu. Bahagian lapisan kulit jadik tertanggal dan pecah2. Anak i yang bertuah pulak pi tlg carikkan. Haihh!! Nasib mak saya tak marah. Nasibla cucu!

Disebabkan tak larat saya tawaf dlm rumah ikut budak besar ni yang memanjat sana sini, sy bagi dia mandi dlm plastik pool. Berguna jugak beli benda ni. Bolehla saya duduk kejap sambil perhati depa main air smpi puas hati!

Tuesday, November 10, 2009

Bau-Bau Bacang

kuinin2

Sekarang saya sudah tahu kenapa orang tua2 dulu buat perumpamaan bau-bau bacang!! Hujung minggu lepas saya kedai runcit untuk membeli bahan basah untuk membuat mee hoon sup tulang. Masuk-masuk kedai...terhidu satu bau yang agak familiar...........aduhai..wanginya bau!! *_*

Satu bau yang sudah lama saya tak hidu. Bau yang mengingatkan suasana kampung, mengingatkan rumah arwah tok mek dan tok ayah...huhu. Di belakang rumah arwah dulu ada pokok bacang a.k.a 'woh mache' . Saya selalu tunggu buah dari pokok itu masak. Baunya sangat harum bagi saya. Bau yang menyelerakan. Saya tak tunggu lagi..terus capai plastik putih. Ambil sebanyak yang mungkin sebab saya tahu bukan mudah untuk jumpa buah ini lagi. Tanpa sedar dekat 20 biji saya ambil!! :D

buah kuinincopy

Bila balik, tak tunggu lama terus kupas 3 biji. Alhamdulillah semuanya elok isinya. Kuning keemasan dan tersangat manis. Tekstur isinya tidaklah terlalu ranggup tapi jugak tidak lembik. Segah dan segar isinya. Saya cicah dengan kuah colek Aji. Sedap! Terima kasih EZI. Bertuah betul saya ni..dah dekat separuh botol baru cakap terima kasih. Ihiks. Sesapa nak order sila klik sini. Tak rugi order! Memang sedap!!

Sambil makan sambil itu saya hidu bau buah ini sepuasnya kerana bau ini benar2 mengingatkan saya pada arwah berdua. Hanya Tuhan yang tahu betapa rindunya saya pada Tok Mek dan Tok Ayah. :(

rebustulang

Tengahari itu saya masak Meehoon Sup Tulang Lembu sahaja. Senang semua makan. Saya rebus dulu tulang bersama lengkuas, halia, bwg putih dan bawang merah yang diketuk..biar sampai empuk. Kemudian baru masuk segala rempah dan garam. Lama jugak kena merebus. Hehe saya rebus dlm Smart Cooker. Senang skit nak tinggal buat kerja lain. Tapi kalau ada periuk idamanku yang AMWAY tu sure lagikkkkkk cepat! Tak de org nak sponsor ka?? :D

meehoonsup2

Tadaaa!!! Dah siap! Nak buat sambal mcm mee sup utara tapi takde serbuk cili plak. Cili + Kicap ajolah. Jeruk lobak dan jeruk cili pun tak beli...huhu kalau tak sure lagik terangkat!!!! Bagus gak kalau tak sure I taram lebih2..hehe!

P/S: Saya masih lagi belom makan nasi....sudah 10 hari...yaiyy!! :D

Thursday, November 5, 2009

ToM YaM PuTiH

Pernah teringin nak buat tomyam yang rase dia macam kat kedai buat? Sy ni kalau bab mknn kegemaran saya akan try and error sampai jadik. Setakat ini puas hati dgn hasil tapi masih perlu develop lagik...satu benda yang saya nak kongsi..bila masak tomyam jgn masak lelama...semuanya kena cepat2 sbb tu bila makan tomyam kat kedai..daun limau purutnya hijau bagai baru petik...tomatonya tak hancuss...aroma limau+cili padi+daun ketumbar meruap-ruap!!!Fuhhh.......terangkat!! Jadi hari ini saya mahu kongsi resepi Tom Yam putih pula. Selalu merah je!

Untuk cik puan Nikos..dgn kata2 hikmat..."menyampah aku...dah kurus mau diet lagik ka wei???"

serai

+Rebus air bersama serai bersama dengan lengkuas tua..lengkuas muda boleh jugak tapi kureng sedap! Err...En.Diego..sila lihat betul2 ye...LENGKUAS....hehe!

masuk ayam

+Masukkan isi ayam or daging ke..tapi sy suka daging ayam je kalau utk tomyam

bungakobis

+ Masukkan sayuran keras seperti bunga kobis dan carrot atau apa2 sayur yang korang suka!

+Tutup dan didihkan sampai 3/4 masak

cilitomato1

udg

kobis

+Kemudian baru masukkan udang,bawang, tomato dan cili padi yang kaler merah.
+Masukkan juga daun kobis kalau suka dan tutupkan periuk..biar udang masak..tak lama dlm dua minit je..

Tips:
*Cili kaler hijau tak leh ke? suka hatilah, korang juga nak makan......tapi aroma cili merah lebih sedap!! Fuhh!!
*Cili ni saya potong2 je sbb nnt bila nak makan baru penyek...kalau nak kick sila tumbuk dgn lesung ye...sy potong pasal anak2 nak mkn sama....malas nak masak asing2 ;P
* korang bleh buh seafood lain..sy buh udang just utk kasi rase manis skit..

nampla

+Masukkan sos ikan, sedikit garam dan 1/2 sudu teh gula.

*Ya ampun jgn salah anggap! Jangan cakap ..."ish org kelantan ni, masak tomyam pun nak letak gula ke? giller manis!". Sebenarnya mknn org siam lagik manis. Gula tadi jgnlah taruk banyak. Sikit sahaja. Bila kite masuk gula ia akan akan balancekan rase di lidah anda so tak dela rase garam semata je. Malah resepi tomyam merah yang saya cuba korek2 rupanya masuk gula merah/nisan lagik! Tapi tak banyakla. Jgn sampai manis!! :P

*nak sedap masuk aji la tapi i mmg tak pki aji sbb nnt sakit kepala!

*at this stage, try buh garam secukup rase..jgn risau kalau tiada rase masam..not yet! don't worry!

daun limau


air limau

+Bila dah balance rase masin tu, terus masuk daun limau purut dan jus limau (perah dlm 2 biji)..Kacau skit....biar seminit...Haaaa.....lepas tu terus tutup api!

almostdone

So, skrg tomyam tu akan berupa begini...sudah masak sebenarnya dan boleh dihidangkan..

F&N

+Yang ini langkah optional...bleh masuk susu cair or santan. Kalau pi mkn kat res. pure siam sure diorang taruk. Bila masuk cepat2 kacau supaya tak berketul.

*Suka hati nak banyak mana. I tak reti nak bagi amount. tgkla mcm mana korang nak.

daun parsley

+Then utk menaikkan aroma...wajib tabur daun ketumbar bila nak makan. Kalau tak, tak de maknanya tomyam korang! hihi...pepandai je..!


siap

Okeh! Siapla my tomyam darah mahsuri punya version! ^_^

Kalau tak sedap jgn komplen sini...itu korang tak reti masak! Kijam tak cikgu ni? ;P

Next Entry : Jom Kurus Dgn USANA


WE KNOW EACH OTHER SINCE 1996

Daisypath Anniversary tickers

Our anniversary

Daisypath Anniversary tickers