Friday, December 5, 2008

I'm not in the mood!!

Perasaan tak berapa tenteram since last night..but i'm not going to write down here..syukur ada suami yang memahami dan can comfort me..ahhh!! i really want to forget 'bout it right now!!

Sekarang nak cerita pasal E-in. Hari ini kami bawa dia untuk Hearing Test. Pada mulanya saya hanya mahu pergi seorang bersama E-in kerana saya rasa tidak mahu menyusahkan suami. Almaklumlah lepas ini perlu ambil cuti lagi untuk appointment yang akan datang kerana lagi 2 appointment Januari nanti dan saya juga telah mula bekerja semula. Berbanding saya dan dia, permohonan cuti untuk lulus lebih senang suami. Namun cik abe bertegas mahu menemani juga. Mungkin rasa tanggungjawab itu tebal dalam dirinya. Memang saya akui dia seorang lelaki yang bertanggungjawab. Memang family man and I'm so lucky!! :)

Proses itu Hearing Test berjalan lancar. Berjumpa dgn Dr. Han yang sungguh cantik orangnya...hehe. Dia bertanya beberapa soalan seperti masalah sewaktu kehamilan, adakah pernah terkena sakit atau demam panas yang teruk dsbnya. Alhamdulillah mmg sepanjang kehamilan saya tidak mengalami darah tinggi dsbnya. Dia juga tidak pernah kena demam panas hanya demam biasa. Jaundice juga tidak teruk dan tidak perlu dibawa ke hospital memandangkan mmg sedikit sahaja kuningnya. Sehari sahaja sudah baik. Kemudian dia menguji dgn bbrp alat. Tidak pula saya tahu alat apa yang diguna. Alat pertama untuk menguji middle ear dan eardrum. Semuanya normal.

Kemudian E-in dipasang alat seperti Headphone. Dan E-in perlu mendengar bunyi kemudian memasukkan alat permainan seperti gegelang2 ke stick2 yang ada. Ini memang bermasalah. E-in refuse dan sukar memahami arahan. Dia lebih suka bermain alat itu dan cuba untuk menanggalkan h/phone. Mungkin dia rasa rimas. Dr. Han memberitahu yang dia perlu membuat satu kaedah lain bagi memastikan keputusan ujian yang tepat. Kaedah tersebut memerlukan pemakaian alat dan diuji menggunakan komputer. Tetapi E-in perlu diberi ubat tidur dan perlu ditidurkan terlebih dahulu.

Memandangkan berat badan E-in 22kg maka 40ml ubat tidur berupa high concentration syrup terpaksa diberi. Saya gunakan syringe. Sedikit demi sedikit. Alhamdulillah tidak susah kerana dia minum juga. Adalah dia termuntah sedikit bila suapan yang penghabisan. Yalah 40ml bukan jumlah yang sedikit. Ubat bukannya sedap. Kesian pula dia. Kemudian bila saya baringkan suruh tidur dan berikan susu dia baring..Kami dodoikan perlahan dan segalanya jadi mudah. Tidak sampai setengah jam dia tertidur.

Mengikut pembantu perubatan tadi, biasanya kanak2 yang berbadan besar/sudah meningkat umur mengambil masa untuk tidur.
Ini kerana pemberian ubat tidur mengikut berat. Jika berat kanak2 tersebut, maka ubat akn diberi dlm kuantiti lebih byk. Kebanyakan kanak2 sudah tentu sukar untuk menelan ubat dlm kuantiti sebegitu dan lebih byk yang dikeluarkan. Maka bila kuantiti berkurang, ia menjadi kurang berkesan dan mengambil masa yang lama untuk tidur. Alhamdulillah tuhan permudahkan urusan kami. Setelah tertidur E-in dibaringkan dan dipasang alat tersebut. Lena sungguh sehingga sedikit pun dia tidak sedar apa yang berlaku.


Habis ujian kami perlu menunggu analisis dari Dr. Han. Syukur sekali lagi, Dr. Han memberitahu E-in tiada masalah pendengaran. Semuanya normal!!!!Oh..tuhan betapa bersyukurnya kami. Balik dari hospital E-in masih tidur. Kuat sungguh kesan ubat tidur tu..bayangkan dari pukul 11.30pg hingga 3.30 ptg baru terjaga!! Nasib juga cik abe berkeras untuk datang sama. Kalau tidak saya terpaksa letak E-in di atas kerusi roda untuk ke kereta. Patah pinggang umi sayang kalau nak dukung E-in seberat 22kg!! hehehe...

nota : gambar diambil menggunakan handset!!

No comments:

Post a Comment

WE KNOW EACH OTHER SINCE 1996

Daisypath Anniversary tickers

Our anniversary

Daisypath Anniversary tickers