Wednesday, December 3, 2008

Jangan Harap Kau Akan Hidup Senang!!

Baik ke kalu doa dekat org mcm tu? Tak bagus kan sebenarnya. Tapi geram sungguh aku dgn Si Panjang Tangan a.k.a Pencurik ini!! Semalam ibu saya menelefon memberitahu ada pencuri yang cuba untuk pecah masuk rumah. Waktu masih awal dan ibu saya baru masuk untuk tidur manakala ayah saya sudah pun tidur dalam bilik tengah tersebut. Tiba2 ada bunyi bising sedikit. Bunyi seperti org tgh mengcungkil tingkap. Ibu saya ingatkan kucing. Waktu itu hujan renyai2. Bunyi pun tidak jelas.

Tetapi bapa saya yg mmg sedang tidur dlm bilik itu mmg nampak tingkap itu bergerak sedikit demi sedikit. Lantas dia bangun dgn perlahan dan mencapai tongkat arwah datuk saya. Kemudian tuala yang biasanya disidai di gril tingkap itu terjatuh dan abah nampak ada tgn yang meraba bhgn selak untuk membuka. Bila kepala si pencurik disua ke dlm bilik dgn sekuat hati Abah mengetuk dgn tongkat. Malang tersekat dek grill dan hanya terkena tangan. Secepat kilat si pencurik kurang ajar ni lari. Kalau tidak mmg bersepai kepala dia.Baru padan muka.

Risau sungguh saya bila mendengar. Menurut ibu saya dekat area kampung saya makin menjadi2 membuatkan kehidupan menjadi sungguh tidak aman. Lihat betapa beraninya mereka. Ini bukan sekali dua kejadian pecah masuk ini. Dua tahun lepas pencuri pecah masuk rumah sewa ibu saya di sebelah. Saya tidak ingat hari raya ke berapa tetapi waktu tengah hari. Kebetulan hari jumaat dan bapa saudara saya ada datang beraya. Bapa saya terkejut bila terserempak seorg lelaki yang melalui kaws. belakang rumah saya. Sedangkan kaws belakang rumah cuma semak samun. Secepat mungkin bapa saya terlintas sesuatu. Dia berlari ke sekeliling rumah saya dan rumah sewa. Penyewa tiada di rumah ketika itu. Memang ada tingkap yang pecah dan cukup untuk masuk seekor manusia tak guna.

Kami juga pernah kehilangan motorsikal. Motor itu saya guna sewaktu di UPM kemudian dipaskan kepada adik lelaki saya yang baru habis SPM. Motor Honda itu mmg kelihatan baru sbb adik saya dah tukar itu ini. Kesian dia bukan main sayang lagi dgn motor itu. Penat dia bekerja sementara di Mydin semata2 untuk kumpul duit bela motor. Motor itu dijumpai di dlm tali air bersama 6 lagi rangka motorsikal oleh penjala ikan. Sepupu saya yang duduk tidak jauh dari rumah juga pernah kehilangan kereta.

Argghhhh!! Geram saya bila mendengar kes pencurik, perompak dan apa2la. Manusia mcm ni cuma tahu mengambil harta benda org tanpa mahu berusaha. Kerana mereka hidup kita dlm ketakutan, perlu pasang grill, perlu upah pengawal betul tak? Tidak tahu dosa dan pahala. Berapa ramai org teraniaya menyumpah seranah engkau. Di kampung saya kebanyakan pencurik ini sebenarnya mat pit!!!Sebab itu selipar buruk pun sanggup angkut.

Apapun yang paling saya risau keselamatan ibubapa saya. Almaklumlah mereka hanya tinggal berdua sahaja. Rumah pula walaupun terletak di tepi jalan tetapi berselang jauh dgn rumah sebelum dan selepas. Penyewa di sebelah pun selalunya suka duduk di rumah ibunya yg terletak di dlm kg yang sama. Saya takut kalau si pencuri ini bertindak ganas.

Minta jauh dan perlindungan dari Mu Ya Allah. Lindungilah kedua ibubapaku dan kaum keluargaku dari roh2 jahat dan makhluk2 mu yang berniat jahat. Amin.

1 comment:

  1. ye doakan saja...umah saya pun pernah kena pecah yang sedih dia hangkut sume baju laki ku...huhuhuhu bukan tue saja tv,PC O suem dia ambik geram...mmmmjgn harap ko nak hidup senang...

    ReplyDelete

WE KNOW EACH OTHER SINCE 1996

Daisypath Anniversary tickers

Our anniversary

Daisypath Anniversary tickers