Note: Entry ni panjang..tau mesti tak de yang nak baca.Tapi biarlah kalau satu hari nanti blog ini bertahan boleh buat ingatan diri sendiri...
A'kum semua..alhamdulillah kami dah selamat sampai petang hari Isnin lepas. Dapat peluang bercuti di kampung mmg peluang keemasan yang tak dapat nak kata..saya suka kampung saya..di depan rumah bonda terbentang sawah padi..but ehem..ada bangunan sekolah yang tengah dibina (juga terkena tanah sawah ma..tapi mmg family dah takde bersawah dah skrng) namun masih tidak mencacatkan pemandangan sawah padi. Tidak lupa juga tali air di hadapan rumah itu. Sayang dlsr tidak ku bawa pulang. Kalau tak dapatlah korang melihat keindahan kampungku...errr yang indah bagi akula.
Di keliling rumah bonda pula ada pokok2 buah2an dan sayuran. Ma dan Abah memang suka berkebun. Semua benda depa nak tanam. Sayangnya tanah kat situ kurang subur. Namun w/pun kurang subur tapi kerana sentuhan sejuk tangan ma dan abah aku lihat byk yang menjadi. Sampaikan walaupun pokok 'pauh' a.k.a mangga kecik tu tak banyak tapi yang 2-3 pokok itula yang berbuah lebat. Malah diluar musim. Seronok ma pergi jual hari tu..berebut peraih kat pasar nak beli. Ma pula jual murah saja sebab saja suka2 seronok nak rase passion of selling tu..nak tolong org sama then buah byk sangat. Tak termakan kami pun. Kami adik beradik jarang balik. Dah tak ramai. Tinggal ma dan abah aje.
Aku memang tak de minat berkebun. Boleh check sendiri tgk aku nye pasu bunga yang tinggal pasu aje. Malas nak siram mana pokok mau hidup. Tapi aku seronok tgk depa dua orang. Cik abe aku sendiri kalau minum air tebu mesti ingat 'air tebu tok abah'. Mana taknya tebu yang abah aku tanam kalau gi jual mmg berebut org nak...manis sesgt dan air banyak!!!!Buah salak pun berpuluh kilo jual..memang manis sangat. Tak pahit langsung.
Aku pun naik heran juga sebab kalau apa yang depa tanam bukan setakat berbuah tapi dari segi rase memang perfect 10 la...buah duku yang manis..biji kecik tapi isi banyak, cili pula huih...sebiji sampai berdesing telinga (percayala mmg tersangatla pedas..w/pun aku org klate tapi kami mmg makan pedas..mmg diakui..berair hidung beb!!).
Dulu mase kami dok kat rumah sewa kat Jerteh, luckily ada tanah kebun yang berpagar sebelah rumah tu..apalagi ma ngan abah buat cam tanah sendiri..hehe..tanam macam2. Pisang, nangka, limau kasturi, limau purut, serai, daun pandan, kunyit, lengkuas, halia, cili dan macam2 lagi. Tuan rumah punyala suka sampai tak kasi pindah kalau boleh. Yelah penyewa dulu rumput panjang sampai pinggang, bila kami duduk dah jadik kebun sayur dan buah2an. Tiada rumput2 panjang hatta daun kering. Bersih sekali.
Ingat lagik nangka yang depa tanam. Lebat ya rabbi hampir setiap pangkal dahan dan daun ada buah. Bukan sebiji dua tapi 5-6. Seluruh kampung dapat rase. Isinya tebal dan manis. Baunya sungguh harum. Setakat jiran2 nak buat gulai tu memang tak payah beli. Datang mintak aje. Hihi...kami pun seronok juga melihat putik2 buah nangka yang baru nak membesar. Byak sungguh sampai tak termakan jiran sekeliling.
Kini abah sudah pencen dan ma pun. Ma baru menyambut hari lahir yang ke 55 pada 20 Dis. Oppsss...sama ngan hari nikah Mawila plak..hihi..Ma ditawar sambung kontrak lagi setahun. Offer sampai 58 thn tapi dia takmo dah..tak larat dah. Dia nak buat projek tanam2 katanya. Bukanlah besar2an tapi sekadar sekeliling rumah aje. Itu hobi dia. Dia seronok tgk pokok membesar dan mengeluarkan hasil.Geram tengok katanya lagi. Syukur tanah tapak rumah mmg besar..bolehla muat 4-5 buah lagi rumah. Jadik rumah anak2 tak tau lagi bilakan..ma buat tanam2 ajela dulu. :)
Wednesday, December 24, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
xrugi klu berbudi pada tanah...
ReplyDelete