Hehe..tak sangka pun blog ni pun ada silent reader walaupun blog ku ini tak seberapa pun..haha. Apapun tak kisahla u all nak tinggalkan jejak ke tak. Saya pun suka juga jadik silent reader. Saja suka nak baca kisah hidup org (nak jaga tepi kain kerr???). Kalau saya rase ada benda boleh share saya akan bagi komen. Boleh juga kenal2 org lain kan...tak rugi pun.
Saya pn bukak blog sekadar nak share cerita ngan kengkawan yang jauh di mata dekat dihati selain sekadar catatan untuk kenang2an. Yela nak sembang2 mcm dulu bukannya selalu. Nasib baik now ada Facebookla, blogla dan sekali sekala boleh berYM. Terasa dekat je hubungan tu. So mmg saya tak kisahla kalau blog ni bukan blog yang glamer..pengunjung beribu2 pun yang penting I enjoy blogging!! Btw tq silent reader and non-silent reader too for dropping by..
So pepagi hari ni nak share pasal berita dlm TV3 semalam. U all ada tgk tak? Ada perempuan tu yg telah berjaya dlm temuduga GSTT dan kemudian ditolak selepas mengaku mengandung. Siap mengadu kat TV3. Bagi saya mmg tak adil kerana didiskriminasi begitu akan TETAPI saya tak bersetuju dgn tindakan perempuan itu bertindak nak mengadu2 domba pada pihak TV. Nak cari glamer apa?Yess..saya akui salah pihak penemuduga kerana tidak bertanya lebih awal. Kalau calon dah kahwin patut soalan hamil atau tidak perlu diutamakan.
Sepatutnya perempuan tadi pun bertindak lebih rasional. Tujuan pengambilan GSTT adalah kerana untuk menampung bilangan guru di sesebuah sekolah yang mengalami kekurangan guru. Mereka diberi kontrak setahun. Jadi bila u mengandung of course dlm mase itu u akan bersalin dan kemudian cuti 2 bulan kan? So, satu hal pulak nak kena carik guru ganti untuk guru sambilan sedangkan tujuan asal org ambik u untuk menampung kekurangan. So, apa guna upah u then cuti berbulan? U bukannya cikgu tetap (marah i tau)!! Mana ada kes carik guru ganti untuk cikgu sambilan!!
Fikirkan pula pelajar...ini satu kerugian kerana mencari cikgu ganti untuk dua bulan bukan perkara mudah. Kalau nasib baik senang dapat terus. Tapi kadang boleh tertangguh smpi habis cuti bersalin..dalam mase sama terpaksala plak org lain masuk relief kelas awk tu..apa ingat kami tak de kerja lain ke. Tu baru masuk kelas nak kena ganti..plus tugas2 lain tu apa ke hal?Tak pasal2 cikgu tetap kena buat untuk cikgu sambilan!! Huh nonsense..
Kalau betul u minat nak jadik cikgu u akan pikir pasal pelajar. Satu kerugian bila mereka ketinggalan pelajaran. Untuk catch up balik bukan senang..masa adalah berharga. Mereka pun tak faham kalau kita ajar dlm keadaan tergesa2 untuk habiskan syllabus. Fikir2kan.
Okla let's say u bersalin bulan 10 or bulan 11 iaitu time cuti sekolah. Tapi orang mengandung ni kadang ada sakit peningnya..cepat penat, letih, mabukla dan mcm2 hal lagi....kemudian MC...dan u juga baru mengandungkan? Jadi u pun belum tahu lagi mcm mana fiil nanti. Kalau tak de apa tak pe la. Cuma jangan ingat jadik cikgu ni just nak datang sekolah, masuk kelas, mengajar bla..bla..pastu balik. Banyak lagi kerja lain yang perlu dibuat..bak kata Lisa kena perah habis2. Memang kalau tak boleh nak bagi komitmen i think better u mintak kerja lain sbb kami kat sini tak menang tangan.
Itu belum masuk nak layan kerenah bebudak sekarang yang dah "terlebih ajar". Kalau dapat kelas2 kategori "belakang" kang kalau apa yang tak diigini berlaku, masuk Tv lagi mengadu dianiaya mengandung pun dapat kelas hujung2. Lagikan those yang ambik KPLI atau DPLI pun tak dibenarkan mengandung. Kalau 'ter' pepandaila kau nak hidup!! Oh sebab apa tak dibenarkan sebab nama pun 'short term course' kan..mana ada repeat2 subjek.
Hah puas makcik dapat membebel cam gini (salah satu kegunaan blog!!). Marah betul i tau sbb u sibuk tau nak masuk TV je. Benda lain u tak leh nak pikir!!! Same la mcm parents skang keluar TV bukan main lagi..ropanya kisah benar anak kurang ajar tak keluar pulak. Sepatutnya jangan fikir kepentingan diri untuk dapatkan payment. Mungkin tuhan dah bagi kat u rezeki yang lebih besar kat dalam perut. Kalau dah minat sgt pun nak jadik cikgu GSTT mintala lain tahun. Fikirlah dulu seblm buat keputusan yang melulu. Ada sebab perlantikan u ditarik balik. Lagikan org yang kerja bertahun pun ada yang kena buang kerja kerana tidak memberikan komitmen yang diingini.
Jangan kita nampak duit sahaja kerana tanggungjawab perlu seiring dgn bayaran diberi. Barulah rezeki kita dapat itu berkat dan halal untuk jadik darah daging kita. Fikir2kan.
biasalah kan, org ingt dgn pi ngadu kat tv dia bleh di terima....alsan semata222
ReplyDeleteada lg y guna taktik kotor gitu. patut kalaul betul2 nak jd cikgu dr awal dah amik kos cikgu bukan kemudian hari x de koje amik GSTT
tu la..mcmla dalam dunia ni tak de cerita lain nak ditayang..pikir nak duit je. Ini bukan kes nak aniaya dia..cuma untuk kepentingan pelajar semuanya!!
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteo0o0o0 itu ke kes nya.. tak perasan plak berita tu. Kerenah manusia ni memang macam2. Tu kisah yang nak jadik cikgu beria2. yang dah jadi cikgu pun banyak gak kisah nya. Last2 mmg betul, mgsanya anak murid...