Memenuhi permintaan cik/encik anonymous....update terkini tak dapatla di buat setiap hari atau selang sehari berikutan empunya blog dah mula bekerja. Baru ni rajin pasal cuti seminggu. Walau bagaimanapun, keinginan nak update blog mmg ada tapi bila dah lepas bukak puasa + penat kerja + masak + berperang jaga anak, bila bukak komputer mata tak boleh lama tgk komputer..kejap je boleh terlelap. Then terus off lappy w/pun keinginan utk update meninggi. Sampai dlm mimpi pun termimpi tgh update blog! ;P
Cam ginila gambar bila dah kelam kabut. Memenuhi permintaan cik abe yang konon tak mo makan nasi. Bihun goreng matching dgn keropok, air lada, perah limau dan kepak ayam bakar. Masalahnya...kalau makan smpi 3-4 pinggan...sama je la! "Sedap sangat" katanya.
Kengkawan balik kampung mana tahun ni? Giliran siapa tahun ni? Hehe..jangan jeles dengan saya kerana selama 7 tahun kahwin saya tak pernah beraya dengan mertua!!!!! Hoh!!! Mesti korang terkezutkan? Adakah En.Majdi dah di'queen control' oleh Madam Anese yang Comel(what the ????)? Rileks2x!!Jangan ngumpat dulu..kurang pahala posa kang!! Meh saya terangkan. Saya anak perempuan sorang. Adik beradik tak ramai, 4 orang. Masa kecik2 dulu (LOL..kecik2 dah pikir pasal kawin? ish!ish!), saya ingat nak kawin dgn org sama negeri je. Senang nak balik beraya. Tapi tula...tak de jodoh dgn org kelate, jumpa yang berkenan pun depa tak berkenan kat kita. Huhu...
Lepas ni saya mau mencuba COLEK AJI pulak. Kengkawan yang mahu tempah kuah colek boleh lawat ke kedai online mereka. Saya pun mahu order tapi lepas habis dua bekas Rojak Mak Bee ini dulu!!!
BUKA PUASA HARI INI
Disebabkan stok ayam, daging, sayur dan ikan semua telah habis maka dgn rasminya dapur saya ditutup!!! Cuma buka utk masak simple2 je. Jadi hari ini kami semua buka puasa di luar. Lokasinya Village View, Bangi..tapi makan tak sampai setengah jam pun...E-in mengamuk kepanasan, Hani tak mo makan...haih...geram umi! Amboi...masa mkn kat tempat aircond tak pulak mengamuk! Believe me...kami pi second time ke PICC. Kali ni pi dgn my SIL. Depa pun nak pulun kambing golek!
Tengok...behave kan????
Hani pun makan sampai licin!!!!
Hendak buat macam mana..budak sekarang pandai pilih bulu. Tension umi sbb hari ni tak dapat nak melantak makan dgn penuh khusyuk dan tawadhuk. Tapi my hubby kata...better bukak kat PICC pun..sebab bayar sama je dgn harga mkn buffet!!! Buffet lagi best ada macam2 pilihan.
KELENGKAPAN RAYA
Boleh dikatakan semua sudah lengkap kecuali sy tiada sepatu raya. maka belasah je la mana yang ada. Tiada mood utk pergi shopping. Tengokla macam mana. Malam ni lepas buka puasa nak pergi ambik baju raya saya. Maka keringlah poket saya untuk membayar upah kerana semuanya 7 pasang....dan most of them kain lining, so bayarannya adalah double upah baju biasa!!! Saya.........*Pingsannnn*!!!
GAMBAR RAYA
Hari Raya kali ini, disebabkan sudah ada DLSR maka harus dipergunakan sebaik mungkin. Kesian kami masa awal2 nak hidup sama dulu..nak beli kamera biasa pun berkira2. Jadi tak ada langsung gambar masa first raya brsama suami. Sedih! Raya 2007 baru semangat nak bergambar bagai. Sedangkan anak pun dah dua. Masa tu juga saya kurus sedikit...minum Herbalife punya pasal..dari 63kg to 54 kg!! Yaiyy...but kini setelah berhenti...baju kebaya hanyala mimpi indah di siang hari! Huhuhu....tensi!tensi!
Namun keinginan untuk bergambar satu family kami berempat memakai baju tema merah kuning tidak kesampaian..hanya gambar ini berjaya diambil...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Jadi tahun ni harus ada gambar sekeluarga semua...MUSTI!!...Umi akan ikat E-in kalau lari2 mcm ni lagik!! Ada mengerti?? Kalau tidak tak gunala dlsr umi tu....sesia je beli!!Campak dalam tali air depan rumah Tok Ma je la!!
Salam...
ReplyDeleteAnese dah nak raya kan kita ni. Cepatnya masa berlalu. Saya banyak yang tak settle lagi ni. Apapun Selamat Hari Raya na. Maaf Zahir Batin.