Friday, January 23, 2009

The appointment dan dilemma si ibu

Kami baru balik dr HUKM...appointment dgn doc. Macam2 soalan yang ditanya dan sgt2 terperinci.. dekat dua jam juga..mula kami disoal oleh doctor praktikal..kemudian follow up by doc pakar. So far masih lagi dalam tahap intervensi..hmm nampaknya kena tunggu dan lihat. Untuk mase ini doc menyarankan supaya kami ikuti dan setkan jadual harian untuk aktiviti stimulasi seperti yang telah dijalankan dalam kelas terapi. Doc juga ada inform yang E-in merupakan kes baru di HUKM..maka mungkin ambil masa unuk conclude everything!! NEW CASE!!!!

"Ya allah kuatnya dugaan mu...maka tabahkan jua hati kami..."

Doc juga mencadangkan kami hantar E-in untuk ke pusat terapi autistic ke NASOM. Kena buat lawatan dululah, untuk lihat mcm mana schedule. Tapi bila fikir2 perlu ke saya ambil cuti tanpa gaji sekurang2nya setahun? Untuk minta excuse setiap mase bukannya mudah..memang terapi saya cuba atur pada waktu petang..tapi appointment dgn doc tak dapat elakla sbb waktu pagi..tapi saya boleh ambil cuti rehat wlaupun bukan mudah untuk diluluskan. Tentang appoinment doc sy tak de masalah sbb mungkin 2-3 kali setahun sahaja. Cuti rehat ada 7dys/yrs. Cuma saya bimbang untuk menghadiri sesi terapi..mula jam 2 petang hingga 4 petang..semestinya pukul 1 lebih sudah kena bertolak dari rumah.

Tapi saya habis sekolah pukul 1.40 petang...memang tak sempatla. Itu belum kire kadang ada mesyuarat (usually Isnin), Kelas tambahan f3 anjuran sek (Selasa), kelas English for Sc & Maths teachers (Rabu) dan latihan rumah sukan (khamis..mmg...tak leh nak excusela sbb saya ketua penasihat guru!!!).Tinggal jumaat aje yg free..mcm mana ni? Itu baru dilemma nak ikut appointment di HUKM..belum lagi nak ikut terapi di NASOM. Dua jam sehari bertempat di Titiwangsa..siapa pula yang perlu hantar dan bersama dlm kelas kalau bukan saya? Dan bila masa pula nak atur dan follow jadual untuk daily activity? Malah kelas untuk parents yang punyai anak sebegini juga di waktu pagi...

Dilemma umi sayang...itu belum masuk kerja2 lain yang perlu settle..Huhu...perlu ke umi buat keputusan itu? Dalam keadaan sekarang pun umi mcm tak cukup masa ngan sebarang kerja yang ada, rumah tak terurus, jiwa pun tak terasa lapang....kat tempat kerja siapa mahu mengerti....mungkin sekali dua org boleh tlg tapi kalau kerap sgt nak excuse org pun menyampah..nanti dikata "mcm dia sorang ada anak"...
Kalau tiap2 petang kena bawa e-in ke Pusat Nasom nampaknya mmg tak boleh langsung umi buat kerja sekolah tu..takkan pengetua nak bagi excuse semua hari dan semua kerja2 tu? Fahamkah dia dan kalau pun saya diberi pelepasan begitu mesti menjdi buah mulut dan berlaku ketidakadilan di sini..

Tapi umi mmg nak sgt buat perubahan pada E-in..nak latih E-in tanpa terbeban dgn tugasan2 lain. Sebab setiap hari bila umi balik..umi dah penat sgt..biarlah org lain kata "kerja cikgu je tapi penat ngalah org buat bussiness"..biarlah..umi penat perasaan sebenarnya bila jadik cikgu ni..jadi bila umi dah penat mmg umi akui..umi kurang melayan kerenah anak2. Tambah pula E-in duduk di rumah opah pun E-in terkurung dalam bilik dgn org gaji...jarang umi tgk ada di ruang tamu bersama cucu2 lain..bersama kak hani...Sedih juga bila melihat dirimu sebegitu...Mungkin inilah penyebab E-in jadik begini....e-in terabai. E-in tertinggal untuk berkembang seperti kanak2 lain, kurang komunikasi kerana pergaulan terbatas. Salah umi semuanya sebab terlalu leka dgn benda lain. Sehingga permata anugerah tuhan itu hilang sinarnya.

Jadi perlukah umi ambil keputusan itu untuk menebus kesalahan umi? Wang bukan segalanya...w/pun kita tak mewah tapi rezeki ayah cukupla untuk makan pakai dan membeli brg keperluan.

4 comments:

  1. lain org lain dugaannye jon. tp aku caye ko kuat hadapi semua ni.jgn salahkan diri sendiri.jika ko fikir bersama2 E-in utk melihat setiap pkembangan adalah salah satu cara menzahirkan kasih syg ko pd dia, then u know what u have to do.

    ReplyDelete
  2. pilihlah mana yg terbaik, jgn menyesal kemudian hari...duit boleh dicari,anak tiada galang ganti!

    all the best!!

    ReplyDelete
  3. Semoga Tabah menghadapinya...

    Saya tak perasan pulak Anese banyak berurusan di HUKM @ PPUKM tempat kerja saya. Maklumlah HUKM tu besar.

    Apa pun saya amat bersimpati dengan E-in.

    Banyakkan doa agar dipermudahkan urusan, InsyaAllah...

    ReplyDelete
  4. Tuhan itu maha Penyayang, semua yg berlaku ada hikmahnya dan Dia tidak akan menguji segala yg diluar kemampuan kita, all the best.

    ReplyDelete

WE KNOW EACH OTHER SINCE 1996

Daisypath Anniversary tickers

Our anniversary

Daisypath Anniversary tickers