Saturday, January 24, 2009

Terima Kasih.

Terima kasih semua sebab memberi respon yang membuatkan kami terharu dan bersyukur ada kawan/kenalan seperti kamu semua. Dulu ada juga yang bertanya kepada saya kenapa cerita benda2 sebegini di blog? Bagi saya, saya ada sebab tersendiri. Saya mahu org lain faham apa yang dialami dan tidaklah mereka terkejut atau mengata dibelakang sekiranya berjumpa/terjumpa kelak. Saya juga tidak mahu mereka melemparkan pandangan sinis dan pandangan seperti anak saya ini terencat akal!!Saya juga malas menjawab soalan2 "cepu emas". Kalau nak bertanya apa yang sy akan lakukan atau apa yang dia boleh dan tak boleh tak pe. Saya tak kisah. Lain2 yg negatif tu maaf..soalan itu kurang menyenangkan.

Mungkin juga cerita saya boleh dijadikan panduan untuk sesiapa yang terbaca blog ini. Mungkin anak anda ada ciri ini tetapi anda tidak tahu apa yang perlu dibuat. Boleh juga berkongsi pengalaman. Ingat tanda autisme bukan kerana hanya lambat bercakap. Malah tanda2 lain yang perlu anda perhati. Sepupu E-in yg juga autisme, tetapi boleh bercakap seawal usia 2 thn. Malah sgt bijak dan mempunyai ingatan kuat. E-in juga ada ingatan yang kuat.

Untuk makluman, kes E-in mmg dikira kes baru di unit CDC, HUKM. W/pun doctor masih meletakkan di bawah label ?PDD (tanda soal untuk maksud belum dikenal pasti) tetapi kes E-in merupakan kes unik kerana ada sikap2 tertentu yang ada pada E-in tidak ada pada kanak2 autisme yang lain. Contohnya E-in tahu untuk express perasaan. Tahu apa itu marah, gembira dan sedih. Kami ceritakan pada doktor yang E-in akan menangis dan cuba mengelak (seperti lari ke dlm bilik) bila tgk iklan kemalangan. Memang teruk dia nangis. Keluar je gambar belum pun sampai part accident dia dah ckp "No!No!"..dia juga tahu takut bila tgk iklan atau kartun yang menakutkan. Saya ingat lagi dulu dia takut tgk iklan Incredible Hulk. Mesti tutup muka. Tak pun dia tutup tv cepat2. Mengikut Doktor itu ciri2 normal.

Semalam semasa jumpa doktor, E-in kebetulan tgh menangis kerana mahukan lolipop. Saya tak bagi sbb dia dah habiskan satu. Jadi saya pujuk dia dgn belikan mainan handphone Ben Ten. Dia terus sebut "ten ten". Kemudian tangisannya makin reda dan dia sebut "It's alright..It's alright" berulang2 kali then berhenti nangis. Doktor kata " hmm tahu pulak dia kan?Which is good". Dia pandai pujuk diri sendiri. Ketika diberi pensil dan kertas untuk menulis, e-in membuat bentuk bulat berulangkali. Bentuk lain mmg tak dptla. Tapi doktor kata mmg ini kemahiran normal bagi budak 4 thn.

Setakat ini, umi bersyukur kerana keadaan E-in tidak teruk seperti yang disenarai dalam ciri2 autisme. Dia tiada habit seperti suka terenjut2, suka mencederakan org, tidak tahu express feeling dan byk lagi. malah segala bentuk ujian yang beri menunjukkan dia boleh buat. Mungkin sebab itu dikatakan kes baru kot?

Untuk masa akan datang saya masih lagi memikirkan keputusan apa yg perlu saya buat. Insyallah tuhan itu Maha Penyayang..saya yakin Dia akan permudahkan segala urusan. Malah semalam selepas update blog, saya dan suami byk fikirkan alternatif yang ada. Alhamdulillah kami akan cuba dulu dgn cara itu. Nanti saya akan ceritakan kemudian. Saya juga ada bbrp org rakan di tmpt kerja yang mempunyai masalah yg sama. Mereka tidak ambil pun cuti tanpa gaji. Jadi mesti ada cara yg boleh dikongsi untuk merawat E-in.

No comments:

Post a Comment

WE KNOW EACH OTHER SINCE 1996

Daisypath Anniversary tickers

Our anniversary

Daisypath Anniversary tickers